X

6 Idea Bisnes Jana Pendapatan Sampingan

Seperti yang kita tahu 9/10 punca rezeki datangnya daripada berniaga. Atuk nenek kita pada zaman dahulu juga berdagang untuk menyara kehidupan seharian mereka. Dengan itu kita anak muda juga digalakkan untuk berniaga lebih-lebih lagi pada zaman sekarang yang penuh dengan cabaran kehidupan seperti kemelesetan ekonomi. Sebagai generasi Y kita lebih terdedah dengan teknologi yang serba moden seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.

  1. Perniagaan Kraftangan 

Sekiranya anda seorang yang kreatif dan mempunyai pemikiran yang lebih inovatif anda perlulah cenderungkan diri kepada perniagaan kraftangan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai banyak barangan terpakai di rumah seperti surat khabar, tin minuman, botol, kotak tisu atau pakaian lama yang tidak digunakan lagi anda janganlah buang kerana ia boleh digunakan untuk bisnes kraftangan anda.

Anda juga boleh menggubah origami dengan pelbagai reka bentuk seperti bentuk swan dan sebagainya. selain itu, kreativiti anda didalam membuat kraftangan seperti bakul, pencil box dan sebagainya menggunakan barangan terpakai juga dapat menjana pendapatan jika ia dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekiranya anda tidak ada idea, anda boleh merujuk website tertentu agar mendapat gambaran yang lebih jelas dan idea yang baru dengan kata kuncinya, “DIY”.

Setelah siap digubah, anda boleh upload gambar dari hasil kreativiti anda sendiri di Facebook, Instagram atau Blog agar produk anda lebih dikenali ramai. Sebelum itu, anda juga boleh promosikan pada kawan-kawan, keluarga terdekat serta minta pendapat daripada mereka mengenai hasil kraftangan anda sendiri. Sekiranya anda mendapat feedback yang bagus, mulakan jualan dan promosi kraftangan anda.

      2. bisnes makanan

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia sangat dikenali dengan pelbagai jenis juadah dan mempunyai rakyat yang amat suka dengan makanan. Asalkan makanan tersebut sedap dan harganya berbaloi, mereka tidak akan pernah kisah untuk mengeluarkan duit. Dengan oleh itu, inilah peluang anda untuk membuat perniagaan sampingan dengan menjual burger, air, cupcake dan sebagainya. Perniagaan makanan ini tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakannya. jika anda berniat untuk memulakan perniagaan makan ini faktor utama yang anda perlu fokus adalah dalam memilih tempat yang strategik seperti sekolah, pasar, karnival dan tempat-tempat tumpuan ramai.

Anda juga perlu tahu bahawa jangan sesekali berniaga di tempat yang banyak persaingan serta menjual makan yang sama dengan pesaing. Sebelum anda mula berniaga, anda juga disarankan agar meminta orang ramai atau orang terdekat disekeliling anda untuk mencuba makanan anda secara percuma untuk mendapatkan feedback positif atau negatif.

 

    3. Tudung atau Shawl

Idea seterusnya dalam menjana pendapatan sampingan anda boleh membuat perniagaan dalam menjual tudung atau shawl. Pada zaman moden yang sedia kini kita dapat melihat ramai anak muda menceburkan diri dalam perniagaan tudung tidak kira menjadi dropship tudung dan shawl ataupun membuat tudung keluaran jenama sendiri seperti Duckscarf, Fareeda, Neelofa hijab dan sebagainya.

Jika anda berminat dalam menjalankan perniagaan tudung pastikan anda bijak dalam pemilihan jenis kain dan mengikut trend terkini agar lebih digemari oleh pelanggan lebih-lebih lagi bagi remaja sekarang yang mengikut trend terkini. Selain itu, harga yang anda tetapkan mestilah harga mampu milik bagi pelbagai kelompok serta taraf kehidupan individu.

Anda juga boleh tambahkan sedikit details seperti tambah sedikit labuci atau manik agar dapat memberi kelainan serta menarik minat pelanggan untuk membeli produk anda.

 

    4. Stokis atau Agen

Idea yang keempat adalah menjadi stokis atau agen bagi sesuatu produk. Sebagai contoh, pelajar universiti ramai melibatkan diri dalam menjadi stokis dan agen demi menjana pendapatan. Mereka boleh menjadi stokis atau agen bagi barangan yang sedia anda dalam perniagaan. Antara barangan yang anda boleh jual ialah wangian, pakaian, tudung, makanan, mekap dan produk kesihatan. Sekiranya anda berminat untuk menjual barangan sebegini, anda perlu gunakan segala media sosial yang ada untuk mempromosikan produk anda.

Anda juga boleh mencari dan melantik ‘drop shipper’ yang dipercayai agar boleh menjual dan mempromosikan barangan tersebut. Yang penting kita haruslah mencari ilmu perniagaan dan pemasaran untuk membantu kita lebih berjaya serta dapat meningkatkan jualan.

 

    5. Penulis 

Idea seterusnya, anda juga boleh membuat duit dengan menulis. Pastikan idea anda kreatif dan unik agar penulisan anda menarik minat pembaca. Anda boleh menulis novel, manuskrip drama, menulis resepi, rencana atau novel kanak-kanak dan menghantarnya ke mana-mana penerbitan yang sedia ada.

Anda tidak memerlukan modal yang banyak dalam membuat penulisan, yang penting anda suka menulis serta mempunyai imaginasi yang menarik dan mempunyai banyak idea untuk dilampirkan ke kertas putih. hasil daripada penulisan anda boleh digunakan untuk mendaftar kelas penulisan atau untuk membuat laman blog yang interaktif.

Dengan ini kami sangat meyarankan agar anda jangan sesekali menciplak idea orang lain dan publish sebagai hak anda kerana tindakan tersebut sangat tidak relevan dan tidak bertanggungjawab bagi individu tersebut.

 

   6. Kelas Tuisyen

Idea yang terakhir, anda boleh membuka pusat tuisyen untuk mengajar kanak-kanak belajar. Sekiranya anda mahu menjimatkan kos pengangkutan, kelas tuisyen ini boleh sahaja dilakukan di rumah anda sendiri. Tetapi perlulah dengan meminta keizinan dari ahli keluarga supaya pengajaran dan pembelajaran anda tidak mengganggu ahli keluarga yang lain.

Selain itu, anda boleh mengajar subjek-subjek yang anda mahir dan fokus pada pelajar yang akan menduduki peperiksaan sahaja. Sekiranya teknik pengajaran anda terbaik, secara tidak langsung akan mendapat perhatian dari ibu bapa yang lain dan dari situ anda mungkin dapat menjana pendapatan dengan lebih lagi.

Anda juga boleh meminimakan had pelajar anda bagi memberi tumpuan pada kejayaan mereka.

by : Sharifah dan Faz

Sharifah Atiqah: