BEFORE
Smartphone perlahan bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Sama ada lambat apabila anda membelinya kerana ia adalah low-end, atau ia adalah smartphone yang secara beransur-ansur mula melambatkan apabila ia menjadi lebih tua, itu sesuatu yang boleh diperbaiki. Kami mempunyai tips yang lengkap dan ringkas untuk mempercepatkan telefon pintar anda, dan anda akan puas hati dengan hasil yang cepat!
AFTER
Setting dari dalam game PUBG.
Setting melalui phone
1.Kosongkan space
Semua gambar atau video yang telah anda ambil dan semua aplikasi yang anda simpan boleh melambatkan smartphone anda.
Kita perlukan ruang untuk bernafas barulah kita boleh melakukan aktiviti dengan lancar. Begitulah juga dengan smartphone
memerlukan sedikit ruang pernafasan untuk berjalan lancar dan jika space smartphone anda terlalu padat atau penuh,
maka smartphone akan mula perlahan dan tidak lancar.
Anda boleh check sejauh mana space memory yang anda tinggalkan dengan merujuk ke bahagian Storage Setting. Salah satu cara paling mudah untuk mengosongkan space adalah dengan membuang aplikasi yang anda tidak lagi guna atau tidak penting yang memakan space memory smarphone anda.
- Tekan entry untuk aplikasi yang anda tidak perlukan lagi dan tekan Uninstall.
Terdapat cara lain untuk mengosongkan space storage smartphone anda. Files yang anda download berkemungkinan masih lagi memakan ruang di dalam ruang downloads.
- Dalam Storage, tap Downloads, pilih file yang anda ingin remove dan tekan Trashcan.
Kebanyakkan aplikasi yang anda install menggunakan ruang data caches untuk mempercepatkan operasi. Cache adalah maklumat yang disimpan oleh komputer di suatu tempat untuk diakses kemudian. Benda ini amatlah efektif tetapi sekiranya anda kekurangan space, berlawanan pula hasilnya di mana smartphone anda akan lambat melakukan proses.
- Untuk mengosongkan space ini, tekan option Clear cached data dan tekan OK to confirm.
2. Disable widgets
Semua widgets yang run dekat home screen adalah berguna tetapi, ianya juga memakan space dalam processing.
Sekiranya anda mempunya widgets yang running tetapi anda tidak perlukan sangat, bolehlah pertimbangan untuk disable widgets ini.
Sebenarnya, tidak ada sebarang masalah langsung kalau run kesemua widgets yang ada kerana widgets adalah memudahkan pengguna tetapi “memilihlah” sikit kerana terlalu banyak widgets akan melambatkan phone anda.
3. Disable animasi dan extras yang tidak penting
Bergantung kepada launcher yang ada pakai, anda akan mendapati bahawa terdapat kepelbagaian animasi atau special effects. Benda-benda ini adalah nampak menarik tetapi ianya juga akan melambatkan smarphone anda.
Check dalam settings launcher untuk check sekiranya terdapat cara untuk disable mana-mana extras yang tidak penting.
4. Tutup Aplikasi Yang Tak Perlu
Aplikasi Multi-tasking membantu memudahkan pertukaran aplikasi dengan lancar dan mudah tetapi ianya juga memberi impak kepada performance smarphone anda. Anda bole menutup mana-mana aplikasi yang anda tidak lagi guna atau tidak perlu.
- Semasa anda di screen ini, tap simbol pie chart dekat kanan bawah screen dan beralih ke bahagian RAM
- Tap button Clear memory button dan mana-mana background aplikasi tengah running yang tidak perlu akan ditutup.
5. Restart peranti anda
Benda paling cepat dan ringkas untuk membaiki smartphone yang SLOW adalah dengan Restart. Hal ini dapat membersihkan cache, stop aplikasi-aplikasi yang tidak perlu, dan smartphone akan berjalan dengan lancar lagi.
- Hanya hold power button, pilih Restart/Power Off, dan kemudian tap OK .
6. Pastikan aplikasi dan smartphone anda update terkini
Adakah anda selalu tidak peduli notification untuk update smartphone atau aplikasi anda? Kalau ya, anda telah silap besar. Untuk pengetahuan anda, update tidak semestinya mengenai ciri baru atau perubahan. Selalunya, update adalah untuk melancarkan dan membaiki ‘bugs’ yang ada.
Anda hendaklah pastikan peranti anda sentiasa pada versi update yang terkini. Anda mungkin tidak bersedia untuk update yang memakan ruang tetapi akikatnya update yang ada adalah memang wajib sekiranya anda ingin kelancaran pada smartphone anda.
7. Factory Reset
Sekiranya kesemua tips di atas masih lagi tidak berjaya dan smarphone anda masih lagi SLOW. Jalan terakhir adalah dengan factory reset smartphone anda. Factory reset akan menghapuskan semua benda dan kembali seperti keadaan pertama kali anda beli.
PERINGATAN Cara ini akan menghapuskan semua software dan data anda nescaya jadikan ini jalan terakhir sekiranya anda telah cuba kesemua tips yang lain dan tidak berpuas hati dengan kelajuan smartphone anda.
Terima kasih kerana membaca, jangan lupa share kepada kawan-kawan anda lain yang menghadapi masalah yang sama.