X
    Categories: tips ict

Apa itu Pengurusan Produksi?

Tempat di mana pelajar-pelajar boleh dapatkan dokumen berkaitan dengan Pengurusan Produksi

Pengurusan Produksi ini adalah diperingkat asas dan ia mengenai kaedah dan proses pengurusan produksi penyiaran.  Pelajar akan didedahkan dengan prinsip-prinsip pengurusan produksi hasilan sesuatu produk penyiaran dan multimedia di bahagian pengurusan sumber insan / krew atau kewangan dan pengurusan yang berkaitan pra hingga pasca penerbitan.

Pengurusan Produksi ini sangat penting bagi menyediakan pelajar dalam berhadapan dengan masalah-masalah yang timbul dalam sesebuah penerbitan dari segi ilmu kepimpinan, kewangan dan pengurusan sumber insan.  Sekiranya kursus Pengurusan Produksi ini tidak ditawarkan akan berlaku kepincangan yang sangat ketara dari segi pendekatan pelajar dalam menguruskan sesuatu penerbitan (pengurusan risiko dan pembuatan keputusan).  Selain itu, keperluan terhadap tenaga  dalam Pengurusan Penerbitan dalam industri  ini amat meluas.  Justeru, ia bakal memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk memasuki peluang kerja yang lebih luas.

Antara alatan Pengurusan Produksi

Objektif subjek Pengurusan Produksi ini diwujudkan ialah:

1.  Menjelaskan prinsip-prinsip pengurusan sesebuah penerbitan penyiaran dan multimedia. 

2. Menghuraikan kepada pelajar tentang gerak kerja serta kaedah pengurusan sesebuah produksi.

3. Membimbing pelajar memahami proses menyediakan jadual gerak kerja dan kewangan dalam sesuatu produksi.

4.  Menerapkan kemahiran dan keyakinan diri dalam mengendalikan sesuatu proses produksi. 

KUIS menyediakan subjek Pengurusan Produksi bagi pelajar-pelajar ISM Komunikasi (Penyiaran) (Kepujian)

En Mohd Daly Bin Daud merupakan tenaga pengajar bagi subjek Pengurusan Produksi ini. Beliau merupakan pensyarah di bawah Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi Fakulti Pengurusan dan Mualamah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa. Beliau pernah bekerja di industri sebelum mengajar di KUIS. Berbekalkan pengalaman beliau, subjek Pengurusan Produksi ini memerlukan para pelajar untuk menguruskan dokumen-dokumen penting sebelum memulakan sebuah penggambaran. Ramai pihak yang bakal terlibat antaranya polis, bomba, klinik dan lain-lain lagi. Pelajar akan dapat gambaran bagaimana hendak menguruskan sesebuah produksi dengan pihak berkenaan.

theafrina@yahoo.com.my:

Comments are closed.