ALAMAK HARDDISK CORRUPT!
File tak sempat simpan dalam external hard disk, dah penuh pun. Termenung nak buat balik paperwork projects assignments bagai.
Sebelum kena, silalah backup dalam Google Drive. Install Google Backup & Sync kat pc nanti semua file yg nak dibackup akan disimpan automatik ke dalam server. Banyak GB boleh backup. Google bagi free awat taknak guna?
Tutorial ini akan menunjukkan cara nak autobackup fail-fail anda dalam laptop/pc dengan menggunakan Google Backup & Sync bersama Google Drive. Insya-Allah mudah nak setup Google Backup & Sync.
Klik gambar untuk keterangan langkah demi langkah.
1. Download perisian Google Backup & Sync – https://www.google.com/drive/download/backup-and-sync/
2. Install dan Setup Google Backup & Sync (perlukan Internet untuk install)
3. Login ke akaun Google anda, seterusnya password.
4. Pilih folder yang nak dibackup
4. Start sync
5. Sync akan berlaku pada background – rujuk taskbar ada gambar awan sedang sync. Selamat mencuba…