ANJURAN:
PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP ALAM SEKITAR, HAL EHWAL PENGGUNA DAN TEKNOLOGI HIJAU, SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (STI) NEGERI SELANGOR,
DENGAN KERJASAMA
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
PENGENALAN
ICTBC2019 merupakan program untuk menghasilkan pelajar-pelajar berupaya membangunkan aplikasi digital seiring dengan inspirasi Smart Selangor. Pihak Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dengan kolaborasi Universiti Selangor dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Hal Ehwal Pengguna dan Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Negeri Selangor mengambil inisiatif untuk menganjurkan program ICTBC2019 untuk pelajar sekolah di sekitar Selangor. Program ini dijangka akan menarik minat lebih ramai pelajar untuk mendalami bidang berasaskan STEM. Dalam program ini, peserta akan didedahkan dengan teknologi asas pengkomputeran (ICT) dan multimedia kreatif serta program-program pembangunan diri bagi melahirkan modal insan yang holistik dan serba boleh.
Lokasi kursus: bit.ly/mapfstm
FSTM, KUIS dan
UNIVERSITI SELANGOR
TARIKH (2hari + 1malam = hostel disediakan)
SESI 1: SABTU/AHAD 14 & 15 DISEMBER 2019 ( Senarai nama peserta sesi1)
SESI 2: SABTU/AHAD 21 & 22 DISEMBER 2019 ( Senarai nama peserta sesi2)
SESI 3: SABTU/AHAD 28 & 29 DISEMBER 2019 ( Senarai nama peserta sesi3)
1. Merangsang daya kreativiti dan inovasi pelajar untuk menghasilkan aplikasi digital dan multimedia kreatif.
2. Membangunkan potensi pelajar melalui program pembangunan diri seperti kemahiran komunikasi dan program jati diri pelajar.
3. Merealisasikan agenda kerajaan negeri Selangor dalam membentuk negeri yang maju dan berdaya saing dengan pembangunan modal insan yang terlatih dan mahir.
4. Membentuk jalinan dan kerjasama antara IPT, kerajaan negeri Selangor dan komuniti sekolah
Hari pertama: Sabtu
Web/Multimedia developer
Perisian: Powtoon/Wix
8am: Pendaftaran & Sarapan
9am: Slot1
10.30am: Slot2
1pm: Makan/Solat
2pm: Slot kemahiran insaniah
3pm: Slot3
6pm: Makam malam
8pm: Motivasi / LDK
10pm: Kumpul daya
.
Hari kedua: Ahad
8am: Sarapan
9am: Taklimat Projek/ Pembangunan
1pm: Makan Tengahari
2pm: Sambung pembangunan projek
4pm: Pembentangan Projek
5pm: Penyampaian Sijil / Penutup
:: Senarai Barang Keperluan Program ICT BootCamp FSTM KUIS 2019 ::
1. Cadar, Selimut & bantal
2. Pakaian solat ( Telekung / Kain Pelikat / Songkok @ kopiah )
3. Seluar Casual dan Baju T Berkolar atau tidak berkolar ( 2-3 pasang / yang mencukupi )
4. Pakai kasut / sandal
5. Baju sejuk / sweater / Jacket (makmal agak sejuk)
6. Tuala / Kain Basahan
7. Berus gigi / ubat gigi / mandian / selipar tandas
8. Alat tulis ( pen, buku nota )
9. Ubat-ubatan ( bagi yang memerlukan sahaja )
** Peserta dilarang sama sekali memakai barang kemas ( emas/perak ).
** Peserta tidak digalakkan membawa wang tunai yang banyak (makanan disediakan).
** Peserta tidak digalakkan membawa laptop (laptop disediakan).
Syarat pendaftaran: Terbuka pelajar tingkatan 3. 4 , 5 , 6 dan Lepasan SPM.
Mohon isi data peserta dalam borang di bawah.
Peserta mesti bersekolah/alamat di SELANGOR