X
    Categories: tips ict

Cara Buat Sticker WhatsApp Guna PHONE!

Seperti yang semua tahu, aplikasi WhatsApp mempunyai feature baru iaitu, STICKER. Tahu tak yang sticker WhatsApp ni boleh direka menggunakan gambar sendiri hanya dengan telefon bimbit sahaja! Haa menarik bukan? Semuanya dihujung jari.

Nak tahu cara? Jom ikuti langkah-langkah berikut.

Sebelum tu korang kena download 2 aplikasi ni dulu iaitu aplikasi yang boleh export imej format .png dengan aplikasi “Sticker Maker for WhatsApp“. Ala berapa mb je tak sampai puluh-puluh mb pun.. Untuk tutorial dalam blog ni kami guna aplikasi Android personal stickers for WhatsApp dan Background Eraser.


Antara aplikasi lain yang boleh digunakan untuk buat sticker WhatsApp ialah:

Android:
1. Background Eraser: Transparent & White Background (background eraser)
2. Sticker maker (sticker maker)
3. Sticker Maker (sticker maker)

Ios:
1. Background Eraser: superimpose (background eraser)
2. Magic Eraser Background Editor (background eraser)
3. Sticker Maker Meme Generator (sticker maker)
4. Sticker Maker Studio (sticker maker)

Untuk background eraser korang boleh je guna apps image editor yang korang dah pernah download. Tinggal export .png je.

Ok jom kita start buat sticker.


Langkah 1: Pilih gambar apa yang korang nak. Korang screenshot la gambar yang nak dijadikan sticker, atau save gambar yang korang rasa kelakar dari google. Harini kita guna gambar kucing sedih ni.


Langkah 2: Korang buka apps untuk buang background macam kitorang guna apps Background Remover macam dalam gambar.


Langkah 3: Pilih gambar tadi dan crop atau potong gambar ni ikut sticker yang korang nak buat. Tips: Crop betul-betul dekat dengan objek untuk nampak sticker tu penuh dan tak nampak kecil bila send dekat kawan nanti.


Langkah 4: Padam background tak berkenaan. Dengan cara ambik button auto erase ni. Auto erase ni lebih berkesan kalau background korang satu warna yang berlainan dengan warna objek. Atau kalau background yang tak sama warna, korang boleh guna eraser. Eraser pulak korang kena zoom in untuk hasil kerja yang lebih kemas.


Langkah 5: Kalau dah puas hati, Save. Selalunya apps macam ni dia save dalam gallery. Buka gallery korang check gambar sticker tadi ada dekat mana. Kalau boleh buat satu file baru untuk mudahkan korang nak buat sticker ikut kategori atau jenis-jenis sticker.


Langkah 6: Ok sekarang bukak apps untuk sticker maker pula. Dalam apps sticker maker ni korang add album korang tadi untuk buat album tu jadi stickers.


Okay habis dah. korang boleh la check dekat WhatsApp ada ke tak stickers korang buat tadi.

Tadaaa comel kan kucing sedih ni uwu

So, dah tahu kan cara-caranya? Haa apa lagi?! Jom kenakan kawan-kawan korang! Selamat mencuba. Jangan lupa share ya.

Yang Benar,
Nur Hidayah binti Mustafa Kamal (16BT01031)
Amalia binti Ahmad (17BT01024)

Dayah & Maia:

Comments are closed.