Dunia multimedia adalah dunia yang sangat menarik. Kalau melihat kepada aplikasi yang terhasil dari bidang multimedia ini betul-betul mengubah segenap aspek kehidupan seharian kita. Lihat sahaja bidang pengiklanan sekarang, dari mengiklan menggunakan poster, kini lebih ramai usahawan bertungkus lumus menghasilkan video viral dan menyiapkan channel youtube masing-masing agar nampak berbeza dan unik dimata bakal pelanggan mereka.
Jika dulu dada akhbar penuh dengan iklan, kini platform yang lebih berkuasa seperti facebook, instagram dan banyak lagi media sosial digunakan. Syarikat penyiaran seperti Media Prima dan Astro mengalami perubahan trend pengiklanan yang sangat kritikal kerana kebanyakan pelanggan mereka sebelum ini telah memilih medium pengiklanan yang lebih murah tetapi lebih berkuasa dan menjanjikan pulangan sales yang lebih berbaloi.
Dunia perfileman pula menyaksikan pelanggan lebih suka melanggan perkhidmatan Netflix atau Spotify kerana lebih selesa dan asyik dengan trend “video in demand’ atau vod yang memaparkan filem dan muzik kegemaran kita tanpa iklan. Dengan platform television pintar yang semakin murah, perkhidmatan vod ini semakin berkembang pesat dan mendapat tempat dihati pelanggan. Sokongan jalur lebar dalam negara yang semakin laju juga menjadi pemangkin kepada penerimaan dunia multimedia yang semakin menarik. Tiada lagi isu tersangkut-sangkut semasa stream muzik dan video dan tiada gangguan semasa hujan lebat menjadikan ia antara faktor utama pengguna mula memilih vod.
Di dalam dunia pendidikan, mobile apps yang disokong dengan elemen augmented reality dan virtual reality diselitkan pula dengan elemen permainan semakin banyak dihasilkan sekaligus menjadikan sesi pembelajaran semakin menarik. Pelajar boleh belajar dimana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja samada berseorangan atau berkumpulan. Ini memaksa para guru dan pensyarah menjadi lebih kreatif dalam mencipta aplikasi pembelajaran dalam usaha menarik minat pelajar.
Jadi kenapa memilih bidang pengajian yang lain jika bidang multimedia lebih menarik? Jom daftar Diploma Multimedia dan Sarjana Muda Multimedia Kreatif sekarang di Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, KUIS!
FSTM menawarkan empat program prasiswazah iaitu;
- BT01 Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Media Interaktif) (Kepujian)
=> bit.ly/fstmbcm - BT02 Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
=> bit.ly/fstmbcnt - MS36 Diploma Multimedia
=> bit.ly/fstmdmm - MS39 Diploma Sains Komputer
=> bit.ly/fstmdcs - Pengajian Asas Teknologi Maklumat (oleh Pusat Asasi)
Panduan dan syarat kemasukan di sini
=> http://bit.ly/fstmasasi