X

Etika Pemakaian Pelajar Di KUIS

Etika pemakaian merupakan satu aspek penting dalam sesebuah organisasi bagi menunjukkan sikap profesionalisma dan disiplin sesorang. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh saya dan rakan saya dapati bahawa pemakaian pelajar KUIS ini tidak semuanya mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kami akan membuat satu video yang berdurasi selama 1 minit. Di dalam video tersebut kami akan memaparkan etika pemakaian sesorang individu yang mengikut tatatertib ataupun peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak tertentu dalam memastikan etika pemakaian ini dipatuhi oleh pelajar KUIS sebagai contoh poster yang telah ditampalkan di dalam setiap kelas. Tetapi, objektif mereka tidak tercapai kerana aspek-aspek tertentu.

Oleh sebab itu, dengan aritekel yang akan kami paparkan ke dalam blog FSTM ini, kami berharap akan mendapat perhatian daripada para mahasiswi dan mahasiswa agar mereka lebih peka menjaga etika pemakaian serta pergaulan antara para pelajar jika ingin mencapai matlamat KUIS iaitu melahirkan Daie, Ulama dan Umara.

Video yang telah diolah daripada kami dapat ditonton melalui link yang kami sertakan ini bagi memahami secara lebih terperinci dan juga laman rasmi KUIS.

Video Etika Pemakaian KUIS: https://youtu.be/LQG54GF1Z7s

Laman Rasmi KUIS: http://www.kuis.edu.my

 

Firdaus: