Seharian kita menghadap laptop/pc melakukan tugasan atau apa-apa kerja, terasa penat atau lenguh lantas akan “meletupkan” atau “mematahkan” jari yang kononnya melegakan rasa ketidakselesaan yang dialami. Apakah ianya langsung tidak mendatangkan bahaya kepada tulang jari-jemari yang hampir setiap hari dilentur itu?
Fakta bahayanya tabiat ini yang anda kena tahu :
#1 Ketagih Disebabkan Bunyi Letupan Pada Jari
Sebenarnya otak yang pengaruh diri untuk beranggapan bunyi letupan itu sebagai sesuatu yang melegakan. Jadi semakin kerap kita melakukannya maka ia menjadi satu tabiat, otak akan merasakan perbuatan itu melegakan kelenguhan jari-jemari.
#2 Cecair Pelincir Jenis Synovial
Setiapkali mematahkan jari, akan ada bunyi seolah bunyi letupan kecil tulang. Itu adalah bunyi yang dihasilkan apabila cecair pelincir jenis synovial dan gas yang bertakung pada bahagian penyambung tulang itu berinteraksi.
#3 Risiko Penyakit Tulang Arthritis
Seorang saintis membuat eksperimen terhadap dirinya di mana dia telah meletupkan jari pada sebelah tangannya setiap hari selama beberapa tahun lamanya manakala jari disebelah lagi tangannya tidak diusik.
Ternyata tangan yang diusik itu diserang arthritis dan ini membuktikan tabiat ini membawa keburukan.
#4 Akan Menjejaskan Kekuatan Tangan
Dalam sebuah kajian yang diterbitkan, keburukan tabiat ini masih boleh dinilai menerusi kekuatan tangan.
Ini kerana, tabiat meletupkan jari itu dipercayai akan melemahkan kekuatan tulang tangan sekaligus menjadikan tulang haus dari masa ke semasa.
#5 Tulang Jari Melebar Buat Cincin Tersekat
Seperti penulis, meletupkan jari itu adalah perkara yang menyakitkan manakala kebanyakan orang lain menganggapnya suatu nikmat. Jadi penulis dapat membezakan antara jari penulis dengan mereka yang kerap “meletupkan” jari.
Ternyata orang yang memiliki tabiat ini mempunyai kelebaran jari yang ekstrem berbanding jari penulis. Tulang pada setiap buku jari telah melebar sehingga kadang-kala menyukarkan cincin untuk masuk secara lancer pada bahagian jari.
Jadi, jika tidak mahu tulang buku jari melebar atau kesan-kesan lain berlaku, sila elak tabiat ini.
Oleh A.Latif