Bittaufik Wannajah.. Selamat menempuhi Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi 2017/2018 khususnya buat pelajar-pelajar FSTM KUIS Fakulti Sains & Teknologi Maklumat. Jom kita dengar amanat dari Dekan FSTM dan tips-tips persediaan menempuhi peperiksaan.
5 tips – road to final exam. Final exam please be kind…
All the best
Episod 1 & 2 Kapsul Haji Bersama Ustaz Dr Hj Mohd Farid Ravi Abdullah.
Episod ini membicangkan 3 perkara asas yang perlu dijaga oleh jemaah haji dalam usaha untuk mendapatkan Haji yang Mabrur.
.
Hasil usaha video & pos-produksi oleh;
Kursus pembangunan website menggunakan Adobe Muse anjuran FSTM di KUISCELL.
Perjalanan lapan orang delegasi pelajar dari #FSTMKUIS selama empat bulan di bumi Turki merupakan pengalaman yang sangat mengujakan dan pasti akan diingati sampai bila-bila. Program Pertukaran Pelajar Mevlana yang mengambil masa selama 4 bulan ini bertempat di Universiti Sakarya, Turki. Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama Sakarya kerana ia tidak se’popular’ Istanbul dan Capadoccia, tetapi negeri yang telah kami diami selama 4 bulan itu sangat cantik dan tidak mudah untuk kami lupakan. Pastinya akan tersemat kemas di dalam hati kami, bahkan akan menjadi bahan diskusi bersama anak cucu nanti…
Baca seterusnya di
–>> http://fstm.kuis.edu.my/blog/fstmturki/
Cantik sungguh video pemandangan KUIS dari udara.
4 sebab utama saudara Fahizuan memilih FSTM /KUIS. Sembang-santai pengalaman #alumniFSTMKUIS sambung belajar di KUIS.
“Jom tengok kali ini pandangan saya tentang KUIS,Kenapa saya pilih tempat ini untuk saya belajar.” – Mohamad Fahizuan Amri, alumni FSTM, KUIS Diploma Teknologi Maklumat, Multimedia.
Sekarang beliau menguruskan team produksi sendiri menghasilkan video-video untuk ramai client.
VIDEO merupakan penerangan lengkap dari Ketua Projek En Muizz berkenaan apps SmartSolat.comdalam Slot Aplikasi Pilihan, Assalamualaikum TV Al-Hijrah. 9am Isnin 24 Julai 2017. Beliau merupakan pensyarah Jabatan Multimedia, FSTM KUIS.
Apps ini mampu bantu anda membaca bacaan solat dengan lebih baik. SmartSolat.com merupakan apps Multimedia panduan solat fardhu dengan bacaan yang betul oleh Ustaz Don Daniyal. Beliau juga pakar isi-kandungan yang membuat semakan. Terdapat animasi mengangkat wudhu, simulasi pergerakan solat dan bacaan dalam solat.
Boleh terus download versi Android di sini;
–>> http://SmartSolat.com
–>> http://SmartSolat.com
Fakulti Sains & Teknologi Maklumat[8] ini diperkenalkan bagi menyediakan tenaga mahir dalam bidang komunikasi dan teknologi maklumat (ICT). Kurikulum fakulti ini digubal dengan memberi penumpuan kepada teras dalam teknologi maklumat dan bidang sokongan yang membantu proses pembinaan kemahiran pelajar dalam hubungan kemanusiaan dan organisasi.
Mempunyai dua buah jabatan, iaitu Jabatan Teknologi Maklumat (Multimedia), Jabatan Sains Komputer
- Program (pra-siswazah) yang ditawarkan
- Sarjana Muda Multimedia Kreatif (Kepujian)
- Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Teknologi Rangkaian) (Kepujian)
- Diploma Multimedia
- Diploma Sains Komputer
Laporan projek Mobiliti Pelajar FSTM di Purwokerto Institut Telkom Indonesia. Program Mobiliti Pelajar FSTM KUIS ke ST3 Telkom, Purwokerto, Indonesia.
Pensyarah pengiring ialah Tn. Hj. Che Wan Shamsul Bahri.
Tarikh: 14 – 20 Oktober 2017.
Semoga dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan balik nanti.
TAHNIAH SEMUA!
“Dalam kunjungan perdananya sejumlah dosen dan mahasiswwa dari kuis malaysia mengaku terkesan dengan purwokerto khusunya it telkom purwokerto, dan juga kuliner dan budaya yang khas yang tidak ada di Malaysia”
Sumber Youtube Channel Satelit TV Inyonge Poll!!!
Video PSA Wakaf Kuis ini adalah antara video yang dihasilkan untuk tujuan Tugasan Akhir subjek Audio Video Technology (TBMM3113) Sem 2 2016/2017 oleh Ahmad Amirul Syafiq Zabidi, Muhammad Iqbal Abd Mutalib dan Ariff Rashidin Zulkfli. Jom berwakaf di KUIS!
#wakafKUIS
#FSTMKUIS
Sinopsis: Mengisahkan seorang pemuda (saiful) yang bekerja keras untuk mengumpul wang bagi membeli motosikal idamannya. Dalam perjalanan pulang dari kerja terserempak dengan seorang lelaki yang sedang mengedarkan flyers berkaitan waqaf di KUIS. Tertarik dengan kelebihan berwaqaf dia di dalam dilema samada untuk menggunakan duit yang dikumpul untuk membeli motosikal idaman atau berwaqaf.