Tutorial Laravel bahasa Melayu ini disambung dengan pemasangan LARAGON. Laragon adalah satu perisian kompilasi yang telah disediakan semua keperluan perisian pembangunan projek Laravel.
Rangka tutorial
- Membina MODEL (jadual pangkalan data /db)
- Membina VIEW (antaramuka pengguna)
- CONTROLLER & route
- Masukkan rekod baharu
- Senaraikan semua rekod
- Kemaskini rekod (akan datang)
- Kod Sumber dalam GITHUB – https://github.com/khirulnizam/start1
Sebarang applikasi web yang menjana laman web dinamik memerlukan pangkalan data. Kaedah penyambungan pangkalan data telah dibincangkan dalam tutorial Laravel 1. Kali ini kita cuma perlu menambah jadual (table) dalam DB yang sedia ada.
MEMBINA MODEL (jadual pangkalan data)
Laksanakan arahan berikut dalam command shell Laragon.
php artisan make:model Training –m
Arahan ini akan menyediakan dua item berikut dalam folde projek Laravel;
- Fail model Training.php
- Fail create_trainings_table migration
Dalam fail create_trainings_table, tulis kod berikut;
Kembali ke command shell Laragon dan laksnakan arahan migrate. Arahan migrate akan membina jadual baharu dengan struktur seperti dalam create_trainings_table.
php artisan migrate
BINA ANTARAMUKA (Views) untuk masukkan rekod baharu
Rajah di bawah adalah antaramuka pengguna yang akan dibina untuk menerima input rekod yang baharu untuk disimpan dalam jadual yang baharau iaitu Training.
Proses untuk membuat fail antaramuka tersebut;
- Buat satu folder untuk antaramuka trainings dalam folder resources >> views
- Tambah satu fail blade baharu dengan nama create.blade.php
@extends('layouts.app') @section('content')

Insert new Training

@csrf
php artisan make:controller TrainingController --resource
Arahan ini akan mecipta fail TrainingController.php. --resouces bermaksud semua path yang mungkin terlibat untuk fungsi-fungsi dalam modul Training akan diwujudkan sama.
Route::resource('trainings','TrainingController');
php artisan route:list
- trainings.index (fungsi senaraikan rekod),
- training.store (fungsi simpan rekod),
- trainings.create (fungsi simpan rekod baharu),
- trainings.update (fungsi perbaharui rekod sedia ada),
- trainings.destroy (fungsi memadam rekod),
- trainings.edit (fungsi borang kemaskini rekod).
use App\Training; //include the namespace of Training.php
Baris 51: merupakan arahan redirect yang akan memaparkan semula borang, dengan membawa mesej rekod berjaya disimpan.
SENARAIKAN REKOD Sambungan latihan, menyenaraikan semua rekod dalam jadual. Kita akan menghasilkan antaramuka seperti di bawah.
@extends('layouts.generic') @section('content') @if (session('success'))
{{ session('status') }}
@endif

Listing Trainings for Update/Delete
@csrf

ID

Training Name

Desc

Action

@foreach($trainings as $training)

{{$training['id']}}

{{$training['trainingname']}}

{{$training['desc']}}

@endforeach

@endsection
Tambahkan link kepada antaramuka ini, buka fail resources/views/layouts/app.blade.php .
Cuba fungsi senarai semua rekod di sini;
Kod Sumber dalam GITHUB - https://github.com/khirulnizam/start1
[Tutorial ini dalam pembangunan, - akan datang, fungsi kemaskini rekod... ]
Penulis tutorial:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.
Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.
Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614