X
    Categories: tips ict

Misteri Laptop Terungkai

Tahukah anda seringkali apabila kita membeli komputer riba, pada mulanya ia berfungsi dengan amat baik. Namun lama kelamaan, walau secanggih dan semahal mana sesebuah laptop itu, kalau tidak dijaga dengan baik, ia pasti akan mula tidak memberikan kerjasama kepada tuannya. Antaranya laptop tiba tiba terpadam dengan sendiri, laptop mula perlahan atau kepanasan yang melampau dan sebagainya.
untuk pengetahuan, sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk kita melanjutkan jangka hayat laptop tersebut. Tetapi sebelum itu, mari kita lihat punca utama kepada permasalahan yang dialami.

 MISTERI ” LAPTOP AUTO SHUTDOWN ” 

5 PUNCA UTAMA LAPTOP MEMPUNYAI JANGKA HAYAT YANG PENDEK:
  1. Cooling fan tidak berfungsi dengan baik menyebabkan peranti menjadi panas (overheat)
    
  2. Bekalan kuasa (voltan) tidak mencukupi atau berlebihan
  3. "Display Driver" laptop rosak sehingga boleh mematikan laptop
  4. Bateri laptop rosak
  5. Penukaran hardware yang tidak serasi dengan laptop sedia ada

 

 MISTERI LAPTOP MENJADI PERLAHAN 

  1. Terlalu banyak aplikasi dalam laptop yang tidak digunakan menyebabkan laptop berat
  2. Hard disk mempunyai sektor yang buruk
  3. Fail-fail dijangkiti virus
  4. Processor bawah 2.0ghz tidak dapat menampung banyak.
  5.  tidak mempunyai anti-virus atau anti-virus sudah tamat tempoh
  6. Terlampau banyak program berjalan serentak

 

 JALAN PENYELESAIAN 

  1. Jangan letak laptop anda di atas tilam , bantal atau pada permukaan yang tidak serap haba. ia akan mengakibatkan tiada peredaran udara menyebabkan laptop menjadi panas.
  2. Pastikan sering menggunakan "cooler fan" bagi mengurangkan haba pada laptop. Bersihkan kipas dan saluran udara. Gunakan pembersih laptop untuk membersihkan kipas dan saluran.
  3. Sentiasa scan virus dalam laptop anda, dan pastikan anti-virus aktif. Elakkan cucuk pendrive yang dijangkiti virus.  
    
  4. Shutdown laptop dengan tertib. Jangan tarik wayar bekalan kuasa (Power Cord) dengan sesuka hati. 
    
  5. Jangan biarkan laptop anda berhabuk, servis laptop anda sekurang kurangnya 6 bulan sekali.
    
    6. Jangan kerap tinggalkan laptop dalam kereta. Ini adalah kerana suhu di dalam kereta tanpa penghawa dingin adalah amat panas sekali. Suhun meningkat secara drastik adalah bahaya untuk laptop anda.

MENGAPA KITA PERLU SERVIS LAPTOP??

Sama juga seperti kereta, laptop juga perlu diservis sekurang kurangnya 2 kali setahun. Hal ini kerana, komponen-komponen di dalam laptop yang lama tidak diservis akan berhabuk terutamanya pada “cooler fan” dan mengakibatkan chipset motherboard tidak berfungsi. “Cooler fan” yang ditutupi habuk menghalang peredaran udara menyebabkan laptop panas yang melampau sehingga menyebabkan kerosakan pada komponen CPU  atau GPU.

Jika anda tidak mahir untuk membuat servis sendiri, anda boleh menggunakan khidmat kedai untuk melalukan servis pada laptop anda. Antara yang akan dilakukan pada laptop anda seperti buang kotoran debu, servis “cooler fan” , tukar “thermal paste”,  servis keseluruhan laptop dan sebagainya. harga yang selalu dikenakan oleh kedai selalunya di antara RM35 – RM 50. Sudah semestinya anda tidak akan rugi kerana jangka hayat laptop anda akan bertahan lebih lama.

“MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT”

Fatin.Natasya.Fasehah:

Comments are closed.