X
    Categories: journal

MyJICT Vol. 2 (2017), Issue 2

Malaysian Journal of ICT, FSTM KUIS
MyJICT Vol. 2 (2017), Issue 2

6. KAJIAN PRELIMINARI KELEMAHAN DALAM SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT WAKAF DI MALAYSIA

Mokmin Basri, Khirulnizam Abd Rahman, Mohd Sharul Nizam Mohd Danuri & Burhan Saleh

pp. 56 – 66

Abstrak: Wakaf merupakan salah satu instrumen ekonomi yang penting dalam Islam. Berbagai aspek berkaitan dengan bidang wakaf telah dikaji dan dibahaskan oleh sarjana seperti kajian berkaitan sosio-politik, ekonomi, perakaunan dan pengurusan wakaf, model perniagaan untuk wakaf tanah, kajian keperluan maklumat serta kajian berkaitan pembangunan sistem pengurusan maklumat wakaf. Kertas ini dihasilkan daripada analisis susastera dengan mengumpul data kualitatif untuk menganalisis  isu yang berkaitan penurusan maklumat wakaf di Malaysia. Analisis mendapati mendapati beberapa jurang dapat dikaitkan dengan pengurusan maklumat wakaf di agensi wakaf negeri di Malaysia. Penemuan kajian menunjukkan antara jurang yang ada adalah berkaitan kesukaran mengagihkan manfaat wakaf disebabkan oleh maklumat fail yang tidak lengkap, ketelusan dokumentasi wakaf, ketiadaan maklumat terperinci mengenai aset wakaf dan keperluan menyediakan maklumat yang cukup kepada pewakaf dan mereka yang berpotensi untuk berwakaf. Penemuan masalah di atas membuktikan tentang keperluan satu sistem pengurusan maklumat bersepadu dibangunkan agar makluamt wakaf dapat diuruskan dengan baik.


7. KAJIAN RINTIS PENERIMAAN MUALAF DI SELANGOR TERHADAP APLIKASI ‘SMARTSOLAT’

Nur Muizz Bin Mohd Salleh, Che Wan Shamsul Bahri C.W.Ahmad, Khirulnizam Abd Rahman & Hasnuddin Ab Rahman

pp. 67 – 74

Abstrak: Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penerimaan pengguna terhadap aplikasi mudah alih ‘SmartSolat’ dalam kalangan mualaf di Selangor. Aplikasi mudah alih SmartSolat adalah merupakan satu aplikasi untuk mempelajari solat yang dibangunkan khusus sebagai bahan rujukan sokongan bagi membantu para mualaf dalam menunaikan solat. Aplikasi ini meliputi kaedah mengambil wudhuk dengan sempurna dan mengerjakan solat-solat fardhu melalui kaedah interaktif dan simulasi masa nyata. Kajian rintis dengan analisis diskriptif mudah dilakukan adalah untuk memahami persekitaran kajian. Tiga faktor utama kajian rintis ini adalah berkaitan kandungan modul wudhuk, kandungan modul solat dan kebolehgunaan. Hasil kajian mendapati bahawa purata kepuasan dan penerimaan pengguna adalah sebanyak 86.7% peratus. Ini menunjukkan bahawa aplikasi ini diterima dengan baik oleh Mualaf di Selangor.

 

Khirulnizam Abd Rahman: Sila hubungi kami di m.me/kuis.fstm atau WhatsApp 0129034614

Comments are closed.