Program master’s degree atau sarjana adalah program akademik yang boleh diambil setelah tamat pengajian sarjana muda (bachelor degree). Saya menamatkan pengajian sarjana muda pada awal tahun 2002 dan menyambung pengajian sarjana kerja kursus (coursework) pada tahun 2006 secara sambilan di UKM. Pada waktu itu, saya masih bekerja di industri ICT dengan sebuah syarikat multi nasional yang berpusat di Singapura.
Belajar sambil bekerja sangat sibuk dan memenatkan. Walaubagaimanapun, ianya tidaklah terlalu teruk. Pengalaman belajar diperingkat sarjana selama setahun 2 bulan sangat enjoy. Kelas hanya pada hujung minggu sabtu dan ahad dari pagi hingga ke petang. Sepanjang pengajian, perlu lupakan kenduri kahwin, majlis-majlis dan program-program lain pada hujung minggu. Fokus utama hanya pada pengajian dan kadangkala kerja-kerja hakiki syarikat yang saya bekerja (kerja orang IT selalunya flexible dan adhoc). Antara rutin setiap sabtu dan ahad, kami sekelas akan keluar makan tengah hari bersama, dan kemudian tidur berjemaah di surau sebelum zohor. Hari-hari yang menaikkan BMI masing-masing sehinggalah tamat pengajian. Masa berlalu pantas sehingga akhirnya kami konvo. Kadangkala tak percaya dah tamat pengajian.
Perkara penting sepanjang program sarjana adalah pengurusan masa dan penjagaan markah (pointer). Syarat untuk bergraduasi bagi program sarjana adalah 3.00 pointer ke atas. Nampak macam sukar bukan? Tapi percayalah, ianya sangat mudah. Bayangkan pointer saya semasa sarjana muda adalah bawah 2.50, tiba-tiba master 3.00 pointer ke atas. Jika saya boleh lakukan, pasti anda juga mampu lakukan. Pengajian sarjana juga sangat santai tetapi memerlukan komitmen dan disiplin. Jika anda menjaga hal ini, pasti anda boleh berjaya.
Boleh layari program-program yang turut kami tawarkan diperingkat master dan PhD di http://www.kuis.edu.my/fstm/program-pengajian. Anda pasti enjoy dengan program pengajian yang kami tawarkan.