X
    Categories: web

Punca Website Anda Kurang Pelawat

“Sis Fiya, saya sedih lah kenapa laman web saya tak ramai pelawat. Sampai dah naik ‘bersawang’ dah ” – ramai mengadu dekat sis tentang website mereka kurang pelawat. Okay jangan sedih-sedih, sis Fiya ada jawapannya.

 

1) Design terlalu over

Design laman web bukan menjadi keutamaan kepada pelayar laman web, yang menjadi keutamaannya adalah content dia. Even design laman web korang tu meletops sekalipun tapi content korang tu susah nak buat pengguna faham apa yang nak cuba disampaikan, tiada gunanya juga kan?

  • Cara nak atasinya dengan kaedah KISS. Ha jangan fikir macam-macam, KISS tu means Keep It Short and Simple. Maksudnya, anda perlu beri lebih tumpuan kepada pengguna, beritahu pengguna bagaimana korang boleh bantu mereka dengan menunjukkan dengan jelas, ringkas dan padat tentang bagaimana laman web anda dapat membantu pelawat yang sedang mencari-cari maklumat yang berkaitan.
  • Bina laman web yang simple supaya pengguna tak pening nak membaca. Tiada perhiasan yang over dan muzik yang berat sebagai background. Jika anda lihat laman web jualan yang famous, kebanyakannya adalah berkonsep minimalist dan berwarna kosong.

 

2) Terdapat banyak link dalam satu page

  • Ramai yang suka masukkan iklan, hyperlink ke laman lain. Hyperlink atau pautan yang terlalu banyak akan membawa “pelanggan” kita lari ke laman web yang di linkkan tu. Jadi, pastikan kalau nak buat hyperlink, pastikan apabila diklik, ia dibuka di page yang baharu (open in new window). Jangan di “parent” sebab nanti dia bawa pembaca kita sekali ke sana. Rugi lah macam tu.
  • Kalau korang nak jana pendapatan  daripada iklan, elakkan terlalu banyak kerana takut menjadi serabut. Contohnya, cuba bayangkan anda sedang menonton television, lepastu kejap-kejap iklan mesti anda rasa serabut jugak kan, ye la tengok ceritanya sekejap iklannya pulak yang lebih-lebih. Macam tu juga la pengguna lain akan rasa apabila melawat laman web anda yang banyak sangat link terutama sekali yang jenis click bait.

 

3) Website tidak bersifat mobile friendly

Pada zaman teknologi canggih ini, hampir semua orang memerlukan smartphone. Kerana dengan adanya smartphone, ia memudahkan pengguna untuk mencari maklumat semudah ABC di website tertentu. Tetapi sesetengah website tidak bersifat mobile friendly dan itu menyebabkan pelawat yang mengakses menggunakan smartphone akan merasa ‘rimas’ apabila website anda berterabur dan mereka pun lari ke website yang lain.

  • So pesanan sis, kalau tak nak pengguna website anda lari, bina lah website yang mobile friendly dan make sure layout dan design website anda adalah responsive.

 

4) Tiada/kurang external link

Sebab yang lain adalah kerana website korang kurang external link. External link tu apabila sesebuah website di link kan oleh website lain. Antara kelebihan nya ialah website korang berpotensi untuk muncul di index di enjin carian.

  • Korang boleh lah start network, bertukar-tukar link dengan mana-mana blogger. Kebanyakan web developer akan meletakkan backlink di bahagian footer website mereka. Selain tanda trademark, ia adalah untuk mendapat backlink yang akan meletakkan laman web mereka di page pertama di enjin carian.
  • Backlink akan memberi kesan kepada ranking website korang di google. So, kalau nak bertukar link, selidik dahulu tentang website tersebut. Sebab kalau kita dapat link website yang tidak berkualiti, ia akan memberi kesan buruk kerana google akan turunkan ranking website kita.

 

5) Laman web baru sahaja dibina

Kita semua tahu, terdapat berjuta-juta laman web di internet. Oleh yang demikian sudah semestinya enjin carian akan meletakkan laman web yang lebih lama dan lebih relevan di ranking yang paling atas. Jadi mana mungkin laman web anda yang baru sahaja dibina terus berada di index di halaman pertama dan ranking teratas. Ini adalah salah satu sebab mengapa laman web anda tidak mendapat banyak kunjungan daripada pelawat. Jadi diharapkan supaya anda banyakkan bersabar, InsyaAllah laman web anda akan secara beransur-ansur index ke page pertama.

 

Disediakan oleh:

Fathiyah & Afiqah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nfathiyah96@gmail.com:

Comments are closed.