X

‘Easter Egg’ di Google Search!

Korang bosan? Jom try ‘easter egg’ atau benda yang tersembunyi bila korang guna Google Search. Jom cuba dan lepas ni boleh kagumkan kawan-kawan korang. 😉

Maksud Easter Egg dalam dunia IT adalah perkara tersembunyi dalam sesebuah perisian atau game.

Korang boleh buka Google Search awal-awal kat tab lain untuk try satu-satu sambil-sambil baca.

Effect dari movie atau rancangan terkenal

Ok yang ni agak straight forward.
1. Hanya search keyword diatas
2. Tekan ikon di ruangan info di sebelah kanan.
Contohnya, Thanos. Zaman sekarang ni siapa je tak kenal thanos, korang dah tahu apa jadi dalam cerita Avengers: Endgame kan? Google ‘Thanos’ dan tekan Enter. Selepas itu, tekan sarung tangan “Infinity Gauntlet” ikon di bawah gambar Thanos seperti rajah di atas dan rasai sendiri kekuasaan Infinity Stones dalam browser anda.
#NoSpoiler 😉
Bukan Thanos jer tau jangan lupa try yang lain juga. Mesti korang kagum.
FYI, Phoebe Buffay dan kebawah tu character dalam cerita Friends.

Augmented Reality: Tiger

Haa yang ni memang gempak. Kalau ada yang tak tau Augmented Reality (AR) ni apa, senang ceritanya kita boleh berinteraksi dengan dunia virtual. Untuk yang ni, korang hanya boleh guna Google Search dekat phone je.
Google je ‘Tiger‘ kat phone korang lepas tu tekan butang ‘View in 3D’. Jangan korang pergi takut-takutkan budak kecik pula. Hihi.

Effect menarik selepas search

Yang ni pula adalah easter egg yang cliche dan mungkin dah biasa korang tengok.
Hanya search dan lihat effectnya.

I’m feeling lucky!

Haa yang ni korang taip perkataan kat atas, jangan terus tekan search. Kalini, tekan butang ‘I’m Feeling Lucky’.

Games!

Haa.. korang kalau tak hilang bosan jugak. Main game je terus. Tak perlu install pape, tak perlu masuk laman web mana-mana, terus main di Google Search. Search jer kat google macam biasa.

  • Play Snake
  • Pacman
  • Solitaire
  • Minesweeper
  • Tic tac toe

Makna

Yang ni mungkin korang susah nak faham sikit kalau korang tak tau maksud. Bila kita search perkataan-perkataan ni google akan tunjuk maksudnya secara unik!

Meh nak explain sikit. Anagram ni bermaksud jika kita ambil sesuatu perkataan tu dan tukar kedudukan hurufnya menjadi satu perkataan atau ayat yang lain. Jadi bila kita search perkataan ‘Anagram’, Google akan tulis ‘Did you mean: nag a ram‘. Google susun perkataan tu jadi ayat lain.

Recursion pula bermaksud ulang atau sesuatu yang berbalik pada diri dia semula. Yang pro dalam programming mesti faham apa yang dimaksudkan 😉

Google Image Search Easter Egg

Ok yang ni last. Lain sikit. Korang kena make sure pergi ke Google Image Search. Search ‘Atari breakout’. Selamat bermain. 😀

Banyak lagi Easter Egg di Google ni, kami tak masukkan dalam blog ni untuk korang explore sendiri. Selamat mencuba. Jangan lupa share dengan kawan-kawan!

Amirul Faris Syairazi:

View Comments (2)