Kenapa penting nak study SEO pulak – sebenarnya itu antara laluan trafik prospek jumpa website kita.
.
Nak harapkan share link website dalam fb/insta memang tak ke mana. Fb/insta akan supress reach posting yang ado link ke website. Sebab tu kalau nak posting medsos, jangan masukkan link.
.
Baru ni terperasan trafik dihalakan melalui kata kunci ‘kursus percuma’. Tiba-tiba tergoogle rupanya ada tercongok kat first page carian kursus percuma. Nak tau keyword ni berbaloi satu caranya tengok ada tak iklan dalam carian itu. Kalau ada iklan maksudnya keyword tersebut antara yang dibida oleh pengiklan. Bila ada bidaan kata kunci maksudnya berbaloi kita usahakan organik SEO.
.
Kalau dah tau keyword pastu nak buat apa? Terpaksalah kita baiki webpage yang keluar dalam keyword tersebut. Tambah content dan gambar sikit supaya ranking makin naik. Jangan lupa tambah lagi keyword dalam natural text conten & ALT imej.
.
Pastikan baiki lagi posting bagi up ranking supaya dapat top-3. Alang2 dah kat first page result kena la bagi up lagi… 😊 👍