Ada dua versi WhatsApp: personal dan business. Tutorial membina short-link ini sesuai untuk kedua-dua jenis whatsapp. Apa pulak short-link? URL yang memudahkan prospek menghubungi anda melalui web address yang mudah diingati.
Contoh short-link: fstm.wasap.my lebih mudah untuk diingati berbanding wa.me/60129034614 . Kedua-dua link akan melakukan kerja yang sama iaitu mencipta satu chat window di dalam WhatsApp untuk prospek menghantar mesej kepada anda.
Daftar ke wasap.my
Satu daripada WhatsApp short-link provider adalah WASAP.MY. Daftar di sini untuk mencipta short-link;
>> system.wasap.my
Selepas berjaya daftar, terus login. Anda akan dapat paparan di bawah. Tambahkan short-link baharu dengan klik button “Add Link”.
Taip subdomain pilihan anda (satu perkataan, tiada space, tiada aksara khas). Masukkan nombor telefon WhatsApp anda dengan kod antarabnagsa (Malaysia letak 6 di depan). Yang terakhir adalah predefine teks. Teks yang anda mahukan prospek tulis sebagai permulaan chat. Seterusnya skrol ke hujung bawah dan submit. Kalau subdomain belum diambil orang lain, maksudnya anda boleh guna shortlink yg baru didaftar tadi.
Masukkan dalam blog atau facebook atau twitter posting short-link tadi.
Boleh juga short-link ditulis pada poster.
Apabila prospek yang baca posting anda atau poster yang ada shot-link tersebut, prospek akan klik short-link atau taip pada browser . Dari shortlink, prospek akan dihantar kepada app WhatsApp dan akan dipaparkan conversation baharu.
Daripada new conversation tersebut prospek akan mudah menghubungi kita menggunakan WhatsApp.
Seterusnya tutorial cipta link dari WhatsApp for bisnes. Bookmark dulu…