X
    Categories: tips ict

Susunan isi kandungan post yang mudah convert

Ramai yang kurang tahu susunan web yang mudah convert. Ini penting bagi seorang web developer supaya web yang nak bagi pada client nanti mampu memberikan hasil lumayan kepada mereka.

.
Dalam ilmu psikologi, ada 3 jenis karakter manusia yang berbeza sifat, berbeza cara fikir dan berbeza cara buat keputusan.

.
3 Karakter tersebut ialah:

Sosial – Paling senang terpengaruh
Logik – Perlukan fakta produk
Pemikir – Paling susah nak buat keputusan

.

SOSIAL SECTION

.
Susunan website pun perlu mengikut 3 karakter ni. Sebaiknya paling atas adalah section untuk karakter sosial.

Geng sosial ni mudah terpengaruh dengan nombor, dengan artis kesayangan, dengan duta hensem lawa melecun dan testimoni pengguna.

Jadi section atas sekali, pastikan anda letakkan benda yang berkaitan sosial proof seperti:
Number counter
Gambar duta / artis
Senarai client
logo client
dan seangkatan dengannya.

.

LOGIK

.
Manusia logik mempunyai daya pemikiran berasaskan logik dan sainstifik. Mereka nak bukti bahawa produk tu mampu menyelesaikan masalah mereka melalui proses yang diyakini.

Jadi golongan ni akan tengok bahan yang ada dalam produk, bagaimana bahan tersebut memberi kesan, cara guna produk dan sebagainya.

.
Section untuk manusia logik ni kena lebih kepada saintifik & logik. Geng ni mudah terpedaya dengan sistem binary & MLM sebab mereka boleh faham logik sistem tersebut 😀

Untuk bahagian logik ni, anda boleh letak:
bahan yang digunakan
cara gunakan produk, lebih spesifik lagi bagus
Fakta sainstifik
Cara bahan berfungsi selesaikan masalah
dan seangkatan dengannya.
.

PEMIKIR

.
Pemikir ialah kelompok manusia yang paling susah buat keputusan. Mereka akan ambil masa paling lama untuk membeli sesuatu.

.
Terlalu banyak berfikir sehingga mereka tak boleh buat analisis (analysis paralysis) untuk beli produk.

.
Mereka akan berfikir tentang harga, perlu ke tak, sesuai ke tak, halal ke haram, buatan melayu ke bangladesh, bla bla bla.

Jadi di bahagian pemikir ni, anda boleh la letakkan :
Soalan lazim, lagi banyak soalan lagi senang diorang beli
Testimoni pengguna, bertulis & video
Harga (sila guna decoy effect & jangan lebih 3 pakej)
Guarantee / money back
dan sebagainya.

.

Nak buat web buat boleh main hentam. Nak buat web cantik lawa laju, semua orang boleh buat.

Tapi convert ke?

So nak buat web yang convert, sila la pakai tips simple ni. Ini berkaitan psikologi pembeli, jadi susun betul-betul ikut tahap kesukaran.

Nak ubah atas ke bawah, tengah ke atas pun boleh. tak ada masalah, kena buat split test untuk tengok yang mana paling convert (rajin ke nak buat split test?)

.
Susunan yang ditunjukkan ni adalah susunan klasik yang digunakan sejak berkurun dahulu oleh copywriter. Kita follow je, ada hasilnya nanti.

Kredit Iffat Salleh KKWP

Khirulnizam Abd Rahman: Sila hubungi kami di m.me/kuis.fstm atau WhatsApp 0129034614

Comments are closed.