X
    Categories: tips ict

TAHUKAH ANDA SEMAKIN CANGGIH FON KITA SEMAKIN JAHANAM BATERI FON !!

 

Bateri iphone anda selalu cepat je habis bateri?!!??!

Samalah dengan Admin. Mau tak habis dah tu group ada berpuluh-puluh, telegram, whatsapp, segala mak nenek ada.

Lepas tu tung tang tung tang bergema, camana bateri nak tahan lama.

Tapi bukan itu je penyebabnya yang sebenar. Ada banyak sebab lain lagi yang kadang kita sendiri tak perasan kott benda Dan kita boleh jimatkan bateri iphone kita dengan buat cara ni.

 

Ok admin ingin kongsi satu ilmu mengenai penjimatan penggunaan bateri telefon mudah alih anda. Pasti anda semua sedar dan pernah lalui bahawa telefon anda semakin cepat kehabisan bateri sedangkan baru jer 4 jam lepas charge phone dah kena charge balik then mula la usung power bank kehulu kehilir. Hal dengan itu, penjagaan haruslah dilaksanakan diawal pemilikan telefon agar jangka hayat bateri phone anda tahan lebih lama.

CUBA CUBA LAH TENGOK ADA TAK KORANG BUAT BENDA NI NAK JIMAT BATERI

 

#1: Caj Bateri Dengan Betul

Perkara paling penting untuk membuat bateri telefon korang tahan lama adalah mengecaj bateri dengan betul. Caj bateri hanya apabila mesej “low battery” muncul. Mengecaj bateri lebih awal boleh melemahkan bateri anda dan mengurangkan jangkahayatnya.

 

 

2 # OFF Wifi jika tidak digunakan

Apabila wifi di on kan, automatik akan menambahkan lagi penggunaan bateri handphone android anda. So cara nak menjimatkannya, setiap kali korang tak guna internet, boleh la off Wifi tersebut. Termasuk lah Bluetooth.

3 # Gunakan ‘charger’ yang ORI !

Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri iPhone kita. Charger orang lain, atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.

4 # Screen brightness dan Time Out

Untuk handphone S3 aku biasa pakai automatik screen brightness dan time out screen display boleh set ikut keselesaan anda. Aku biasa set 30 saat. Tak boleh terlalu cepat, dan terlalu lama.. Kalau cepat, nanti bila on display, tiba tiba dia gelap. Kalau terlalu lama, nanti makan bateri pula bila lupa nak tekan sleep mode.

 

5 # Sound dan Vibration

Ramai yang cakap sound dan vibrate juga memainkan peranan untuk bateri cepat habis termasuk pada keynotes, touch sounds, screen lock sounds, haptic feedback dan lain lain. Anda perlu disable semua sound tersebut sebab tak diperlukan bunyinya. Cara nak disable boleh ke Setting >> Sound >> System.

 

6 #Tidak digalakkan main phone ketika cas.

Dah banyak dah kes meletup main gadget ketika caj ! Lagipun kalau korang perasan, bila korang main game, korang akan rasa phone korang tu panas kan? Sepatutnya bila handphone tengah cas, korang perlukan berikan phone korang tu waktu rehat dan jangan sentuh pun kalau boleh.

 

 

Sebentar! Sebelum beredar, sudi – sudikan kongsi artikel ini dengan rakan – rakan anda di media sosial. Percuma aje! Klik butang media social anda di bawah.

 

 

 

diamonddarleen@gmail.com:

Comments are closed.