X

Top5 virus komputer bahaya dunia

”TOP 5 VIRUS KOMPUTER PALING BAHAYA DI DUNIA”

by Munir & Mere

VIRUS VIRUS VIRUS!!!!
1. Code Red
Jumlah kerosakan: 2 juta dollar AS – 2, 75 juta dollar AS, menjangkiti lebih dari 350.000 komputer di seluruh dunia
Dilancarkan pada Jumaat, 13 Julai 2001, worm ini memanfaatkan kelemahan buffer overflow dalam server Microsoft IIS untuk menyamar diri dengan memanfaatkan kelemahan yang sama di server IIS Microsoft lain. Sampai 19 Julai 2001, lebih dari 400.000 komputer telah dijangkiti oleh virus tersebut.
Buffer overflow terjadi apabila komputer tidak dapat menangani terlalu banyak informasi yang diterimanya sehingga menyebabkan shutdown.
Virus ini cukup sukar untuk dihapuskan kerana mampu menginfeksi kembali sistem yang telah dibersihkan. Virus ini mampu menyebabkan masalah overload dan penolakan akses ke laman di seluruh dunia.

2. Conficker

Conficker adalah worm komputer yang menyasarkan sistem operasi Microsoft. Virus ini muncul pertama kali pada tahun 2008. Sangat sukar untuk mengesannya kerana conflicker dapat menyebar melalui emel, usb drive, hard drive mahupun smartphone.

3. Storm Worm

Jumlah kerosakan: 15 juta dollar AS, 1-50 juta komputer dijangkiti di seluruh dunia
Awalnya ditemui dalam pesanan e-mail yang berisi subjek “230 mati akibat bencana Eropah”, virus Storm merupakan Trojan horse jahat yang muncul pada Januari 2007.
E-mail yang dijangkiti worm tersebut mengandungi file executable. Setelah dibuka, malware tersebut secara automatik akan terinstall, dan komputer yang dijangkiti akan menjadi bahagian dari botnet (jaringan PC yang dapat dikawal dari jarak jauh).

Pada September 2007, dikirakan sebanyak 1-50 juta komputer dijangkiti dan menjadi bahagian dari botnet Storm.

4. ILOVEYOU

Jumlah kerosakan: 5,5 juta dollar AS – 8,75 juta dollar AS
Virus Love Bug ini masih dianggap sebagai salah satu virus yang paling merbahaya. ILOVEU mampu menginfeksi lebih dari 50 juta komputer hanya dalam sembilan hari dan menyebabkan beberapa laman ketenteraan mematikan jaringan mereka sampai virus tersebut dapat dibersihkan.

Virus ini mengakses nama kenalan dari senarai Outlook Anda. Jika Anda melihat pesan e-mail “I LOVE YOU” dan membukanya, ia akan menyamar diri dan mengirimkan pesan lagi ke kenalan anda. Penerima yang tidak tahu apa yang terjadi akan membuka dokumen tersebut yang mengakibatkan sebahagian besar fail mereka hilang.

5. MyDoom
Jumlah kerosakan: 4 juta dollar AS – 22 juta dollar AS, memperlambatkan prestasi internet secara global sebanyak 10 persen dan waktu beban Web sampai 50 persen
Virus Mydoom, juga dikenali sebagai W32.MyDoom@mm, Novarg, Mimail.R dan Shimgapi, adalah worm yang mempengaruhi prestasi Microsoft Windows.
Ia pertama kali muncul pada 26 Januari 2004 dan menjadi virus yang paling cepat menyebarkan diri (melebihi kecepatan yang ditetapkan oleh virus Sobig dan ILOVEYOU).
Pada tanggal 29 Januari 2004, Microsoft menawarkan hadiah 250,000 dollar AS untuk informasi yang menunjukkan pada penangkapan pencipta Mydoom dan sampai 1 Februari 2004, diperkirakan satu juta komputer di seluruh dunia telah terinfeksi virus MyDoom.
MyDoom cukup efektif untuk menyebar diri kerana penerima akan menerima e-mail peringatan tentang kegagalan dalam mengirim satu e-mail dan penerima tanpa sadar akan membukanya sehingga menghidupkan virus tersebut.

MyDoom mengakibatkan beban yang signifikan terhadap mesin pencari seperti Yahoo dan Google dan ia juga menghalang akses ke laman Microsoft dan laman antivirus yang popular.Ketika seorang pengguna membuka kiriman e-mail tersebut, lampiran Word yang dijangkiti dengan virus Melissa akan dikirim ke 50 nama pertama dalam buku alamat pengguna secara automatik.

Di sini kami lampirkan satu video tentang 5 virus ini supaya dapat menjelaskan dengan lebih terperinci dan mudah difahami. Selamat menonton!

Brotherhood:

Comments are closed.