Assalamualaikum dan salam sejehtera.
Sebagai pelajar sememangnya kita tidak boleh lari daripada memiliki gajet seperti telefon pintar, cekera mudah alih dan juga laptop. Kesilapan memilih laptop akan meleburkan wang anda jika ia tidak menepati keperluan anda.
membeli sesebuah laptop baru mesti secara automatik memikirkan kos yang tinggi, namun bukan semua kes nya begitu. membeli laptop perlu dititik beratkan berdasarkan sesuatu keperluan dan bukannya kehendak bagi sesiapa yang kekurangan bajet.
1. Skrin Laptop
Harga sesebuah laptop sangat dimainkan peranannya oleh saiz skrin sesebuah peranti laptop atau 2 in 1, jadi adalah sangat penting untuk anda melihat bajet anda terlebih dahulu sebelum dengan mengambil kira aspek saiz skrin sebelum melihat ciri-ciri kehendak disesebuah laptop.
Skrin laptop dibahagikan kepada 2 ketegori iaitu saiz skrin dan nisbah, nisbah memainkan peranan dalam menentukan saiz sesebuah laptop.
Mari kita lihat beberapa contoh di bawah.
- 11″-12″: Biasanya nipis dan ringan. Ia mudah di bawa ke mana-mana sahaja.
- 13″-14″: Seimbang daripada segi mudah alih dan kebolehgunaan.
- 15″: Popular dalam kalangan pengguna laptop di Malaysia dengan berat sekitar 2 kg-3 kg.
- 17″-18″: Digunakan untuk menyunting gambar, video serta bermain permainan (game). Biasanya agak berat dan sesuai bagi mereka yang jarang membawa laptop keluar daripada rumah.
Resolusi Skrin
Resolusi skrin juga memainkan peranan dalam menentukan harga dan fungsi sesuatu komputer. Bagi pengguna yang mementingkan kualiti skrin penting untuk mengetahui aspek teknikal produk tersebut seperti aspek reproduksi warna kepadatan pixel per inci dan jenis panel.
Skrin laptop didatangkan dalam pelbagai resolusi (diukur dalam piksel, mendatar x menegak) :
- HD: Resolusi 1366 x 768 adalah standard pada laptop arus perdana. Sesuai untuk melayari web, e-mel dan tugas-tugas asas pengkomputeran.
- Full HD: Resolusi 1920 x 1080 membolehkan anda untuk menonton filem Blu-ray dan bermain permainan video.
- QHD (Quad HD) dan QHD+: Dengan resolusi 2560 x 1440 dan 3200 x 1800 masing-masing, kepadatan piksel yang amat tinggi mewujudkan perincian dan teks yang tajam, sesuai untuk kerja-kerja foto profesional dan grafik serta filem definisi tinggi dan permainan.
- 4K Ultra HD: Resolusi 3840 x 2160 mempunyai empat kali ganda piksel Full HD, mewujudkan warna dan imej yang kaya serta digunakan untuk menyunting imej dan grafik bagaikan seolah-olah hidup.
Jenis paparan (display)
Kini, banyak laptop yang menggunakan lampu LED yang boleh memaparkan warna-warna terang tanpa mengganggu prestasi kuasa bateri. Jika anda mahu gunakan laptop untuk menonton filem, pilih paparan jenis panel IPS supaya sudut tontonan anda lebih luas. Panel ini juga sangat cemerlang dalam kebolehan menghasilkan kejituan warna yang cemerlang yang selalunya dicari oleh para pengeditan gambar dan video.
Skrin dengan glossy finish disebelah kanan gambar umumnya memberikan warna yang lebih kaya dan hitam yang lebih gelap.
Manakala matte finish disebelah kiri gambar pula akan mengurangkan silau jika anda sering bekerja di luar atau berdekatan dengan tingkap.
Kedua-dua kemasan ini lebih kepada pilihan peribadi sahaja.
Saya secara peribadinya lebih menyukai matte finish kerana saya suka melihat movie dalam keadaan gelap pun, lol.
2. Pilih spesifikasi prestasi laptop yang sesuai dengan tugas yang anda lakukan.
Sekarang, mari kita lihat apa pemproses (processor) yang perlu anda pilih.
Untuk pengetahuan anda, kebanyakan laptop di pasaran menggunakan pemproses jenis Intel atau AMD.
Pemproses Intel (Intel® processors)
- Intel Atom: Boleh ditemui pada netbook yang berkos dan berciri-ciri rendah. Ia menawarkan prestasi asas tetapi penggunaan baterinya lebih baik berbanding dengan Celeron/Pentium.
- Intel Core i3 / i5: Kombinasi terbaik daripada segi prestasi dan harga.
- Intel Core i7: Pilihan power users seperti pemain tegar permainan (gamers), pereka grafik, jurugambar dan juruvideo, cip ini juga boleh dijumpai dalam komputer mudah alih dan desktop. Ia cemerlang pada pelbagai tugas dalam satu-satu masa dan pembuatan multimedia untuk projek-projek dalam 3D atau definisi tinggi.
Sekiranya anda pilih pemproses Intel, sekurang-kurangnya cuba dapatkan Intel Core i3 dan ke atas bagi kelas permulaan dan bagi prestasi yang seimbang boleh memilih Intel Core i5.
Elakkan pemproses Intel Atom dan Pentium/Celeron jika anda seorang power user prestasi pemproses ini sangat perlahan dan juga tidak dapat menampung kerja-kerja pemprosesan yang berat seperti gaming, menyunting video.
Pemproses AMD (AMD processors)
Sekarang mari kita beralih kepada pemproses jenis AMD.
Ia mempunyai dua kategori yang paling biasa:
FX dan A-Series: Seperti cip teras Intel, ia termasuk pemproses grafik yang dibina ke dalam cip yang sama.
- A4: Prestasi responsif untuk muzik, gambar dan video.
- A6: aliran video yang lancar dan kualiti foto yang dipertingkatkan.
- A8: Prestasi grafik yang lebih baik membolehkan permainan 3D dalam HD.
- A10: Cip utama AMD, dengan kepantasan quad-core dan prestasi grafik yang luar biasa.
- AMD Ryzen Mobile: Satu set cip baru yang direka untuk bersaing dengan Intel Core i5 dan Core i7.
Ingatan capaian rawak (RAM)
Sangat penting kerana ia membantu pemproses anda menangani beberapa tugas sekaligus bagi sesiapa yang menyukai ‘multi-tasking’. Pilih RAM yang betul sekiranya anda mahu menukar atau menaik taraf di laptop anda. Sekurang-kurangnya 2 GB diperlukan untuk penggunaan asas. Dan suka diingatkan format RAM bagi komputer mudah alih adalah jenis SDRAM.
8 GB atau lebih dan ambil kira juga kadar kelajuan frekunsi RAM yang dikira dalam unit MHz, jika anda banyak lakukan kerja-kerja grafik seperti menyunting foto dan video.
Bagi pengguna biasa, 4 GB sudah memadai. 8 GB hanya diperlukan sekiranya anda bermain permainan dan terlibat dengan kerja-kerja suntingan foto dan video.
HDD atau SSD?
Biasanya pemacu cakera keras (HDD) tradisional menawarkan kapasiti penyimpanan yang lebih besar.
Contohnya, 500 GB, 1 TB dan 2 TB.
Keburukannya, ia menambah berat dan ketebalan laptop sambil menjana bunyi yang bising serta mempunyai jangka hayat yang pendek disebabkan ada unit mekanikal dan penjanaan haba yang tinggi. Sebagai alternatif, pemacu keadaan pepejal (Solid-State Drives) telah direka agar lebih ringan, dan kebenyakan SSD mempunyai saiz pemacu yang kecil dalam pelbagai format seperti SATA atau M.2 iaitu sejenis penghubung cekera yang mengunakan platfom PCIE.
Masalahnya, SSD masih terlalu mahal per GB, jadi biasanya ia kurang menyediakan ruang simpanan berbanding teknologi sebelumnya.
Berita baiknya, sesetengah laptop pada masa kini mempunyai pemacu hibrid (SSHD).
Ia adalah gabungan di antara cakera keras (HDD) dengan cakera keadaan pepejal (SSD) untuk manfaat dalam dua dunia cekera.
Secara umumnya, pemacu cakera keras mekanikal tradisional adalah jenis yang paling biasa digunakan.
Sebagai perbandingan, SSD adalah lebih cepat daripada cakera keras (HDD) biasa.
Ia menawarkan kelebihan daripada segi:
- saiz yang lebih kecil
- berat yang lebih ringan
- kecekapan kuasa
- penghasilan haba minimum
- sangat senyap menjadikan ia pilihan yang sesuai untuk komputer riba ultraslim dan ultralightweight.
Tidak seperti cakera keras, SSD tidak mempunyai bahagian yang bergerak untuk haus (wear and tear).
Cip grafik (Graphics Chip)
Jika anda tidak bermain permainan (games), tidak membuat objek 3D atau menyunting video resolusi tinggi, cip grafik bersepadu (integrated) adalah memadai.
Jika sebaliknya, pemproses grafik diskret (discrete) daripada AMD atau Nvidia adalah sangat penting.
Sama seperti pemproses, cip grafik ini didatangkan dengan cip berkuasa rendah dan tinggi.
Contoh cip grafik daripada Nvidia:
- Nvidia GTX 1050 (low-end model)
- Nvidia GTX 1050 Ti atau GTX 1060 (mid-range model)
- Nvidia GTX 1070 atau 1080 (high-end model)
3. Ports dan connectivity yang harus anda tahu
Perhatikan port berikut yang lazim digunakan untuk menyambung kepada TV, kamera dan peranti lain:
- USB 2.0: Menyambung pemacu luaran, pengawal permainan, telefon pintar, pemain MP3 dan aksesori lain.
- USB 3.0: Data pemindahan lebih cepat daripada USB 2.0, tetapi hanya apabila digunakan dengan peranti USB 3.0.
- USB Type-C: Menyediakan kelajuan dan kuasa yang serba boleh yang menampilkan penyambung dengan hujung yang serupa yang di pasang terbalik (upside down) atau sebelah kanan (right-side up).
- Thunderbolt: Jalur lebar yang amat tinggi untuk pemindahan data yang pantas di antara peranti yang mempunyai sambungan Thunderbolt atau MiniDisplayPort.
- HDMI: Sambungkan projektor atau paparan media HD di skrin TV rata (flat-screen) anda.
- Slot kad media: Memindahkan gambar dari kamera digital atau camcorder.
Kebanyakan laptop pada masa sekarang mempunyai fungsi-fungsi seperti di atas.
4. Lihat bajet (budget) di poket anda
Sekiranya anda sudah ada pilihan laptop sendiri, jangan lupa nilai tahap kewangan anda.
Jika bajet anda cuma ada RM2500, tidak perlulah anda cari laptop yang harganya RM3500 pula, ukur baju dibadan sendiri.
Carilah laptop yang sesuai dengan tujuan kegunaan dan kemampuan kewangan anda.
Jangan lupa bandingkan harga di tempat lain, ini juga sangat penting.
Buka saja laman web jual beli di Internet seperti Lelong ataupun Lazada Malaysia.
Kesimpulan
Jangan terburu-buru memilih dan membeli laptop.
Jangan terlalu percayakan cakap jurujual komputer. sila buat selidikan sebelum membeli.
Serta yang paling penting, ambil masa yang secukupnya.
Saya percaya anda pasti menemui laptop yang sesuai dengan keperluan anda jika cukup pengetahuan walaupun mungkin terhad dengan bajet anda.