X
    Categories: tips ict

Jom privasikan fail dalam komputer (Windows 10)

Hai korang!! Korang tahu tak macam mana kita nak selamatkan folder penting daripada kena ‘usik’ dengan orang lain? Haaa antaranya korang boleh privasikan fail korang. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi, ala faham-faham jelah sekarang ni manusia ikut suka hati dia je nak ceroboh privasi orang. Dengan adanya tutorial ini kami boleh membantu anda dari diceroboh. Mari kami ajarkan korang macam mana nak privasikan fail tu semua. Selamat mencuba!!
 

Untuk menyembunyikan folder peribadi tu anda hanya perlu mengikuti langkah-kangkah yg berikut :

  1. Buat folder baru pada skrin desktop anda.
  2. Namakan folder anda. Tekan right click dan pilih ‘rename’.
  3. Padam nama folder tadi, kemudian taip 0160 (guna numeric key) sambil tekan kekunci Alt. Tekan enter.
  4. Klik kanan pada folder sekali lagi dan pergi ke properties.
  5. Klik pada ‘customize’
  6. Pergi ke ikon folder dan klik ‘change icon’ kotak dialog akan muncul dengan beberapa ikon kosong dan tekan okay. Setelah selesai, folder akan hilang.
  7. Untuk menemuinya gerakan kursor tetikus dan ia akan kelihatan apabila ia melewati folder. Kita juga boleh memilih segala-galanya di skrin dengan klik tahan dan menyeret kotak pilihan.
Jangan lupa shareee 🙂
16bt01033@student.kuis.edu.my:

Comments are closed.