X

Ubah gambar yang nampak LEMAUU jadi WOWW lepas edit guna apps ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Jadi dalam artikel ini saya nak ajarkan macam mana kita nak edit gambar yang nampak macam baru keluar dari zaman batu tu jadi macam baru turun dari kayangan.

Sebelum tu !

Pemilihan sesuatu gambar tu amat penting dalam penentuan hasilnya nanti. Anda boleh explore gambar-gambar yang nice seperti gambar artis or gambar pemandangan yang lawa, takpun gambar admin yang kacak ni Hehe

Okeh kita “straight terus to the point”. Apps yang akan digunakan dalam tutorial ni adalah Lightroom Mobile. Bagi yang belum install apps Lightroom Mobile ni boleh download dekat Play Store atau boleh tekan link di bawah.

KETIK di sini untuk download

Style gambar yang kita nak edit ni adalah Brown & Teal. Kat bawah ni admin akan ajarkan step by step.

Style ala-ala cinematic gitu
Okay sekarang pilih gambar yang anda nak kacakkan dia. Tapi untuk newbies aka noobs admin suggest guna gambar yang sama seperti di dalam tutorial, biar lebih faham.
Gambar Ori
Lepastu tekan tab bahagian basic adjustment seperti dalam gambar yang tertera. Jadi dalam tab ni admin akan adjust mengikut citarasa sayang admin.
Kita move ke color tab section. Dekat bahagian vibrance, admin slide up kan sedikit untuk hidupkan warna-warna gambar yang nampak agak kusam tu. Dan dekat bahagian saturation turunkan sedikit bagi balancekan color dia supaya tak nampak pekat sangat.
Dekat sini is the CRUCIAL PART dalam menampakkan perbezaan tone color gambar dia, so guys perhatikan baik-baik. Tadi dekat bahagian color tab dekat atas ada satu button MIX. Tekan button tu dan akan bawa pergi ke section color.
Done, habis part ni gambar pun dah nampak ada beza kan dari yang asal? Kita tune kan sikit je lagi untuk bagi nampak dramatic. Kita move ke tab effect dan follow setting tu.
Okay part ni kena follow betul-betul setting dia ( lari sikit takpe jangan lari banyak okeh )
Last sekali adalah split tone adjustment. Part ni mungkin nampak agak pening sikit macam kat part MIX tadi, sebab kena blend kan dua adjustment setting yg berbeza jadi satu tone gambar yang buat kita tengok sedap mata memandang. Ibaratnya nak tambah perencah sikit bagi lagi umphhh. Okay kalau takfaham follow je setting macam dalam gambar.
Alright dah siap! Sekarang gambar dah nampak kacak kan?
EXTRA TIPS : Kalau nak apply style yang sama dalam mana-mana gambar yang lain tanpa kena start adjust setting balik from zero boleh tengok follow cara yang ni

Diharapkan tutorial ni sedikit sebanyak membantu anda semua untuk memudahkan kerja.

17bt01028@student.kuis.edu.my:

Comments are closed.