X

Undang-undang dunia tanpa sempadan

Dunia tak bersempadan?

Maksudnya adalah dunia siber atau internet. Yang mana dia merentasi seluruh dunia. Dalam memasuki era dunia berteknologi tinggi kita harus berwaspada. Jenayah zaman kini berbeza dari dahulu. Semakin dunia berevolusi kearah kemajuan begitu juga dengan jenayah.

Jadi di sini saya ingin berkongsi undang-undang siber yang ada di Malaysia.

Adakah penting untuk kita mengambil tahu mengenai undang-undang siber?

Kenapa harus ambik tahu mengenai dengan undang siber?

Sekiranya kita menjadi mangsa jenayah siber, kemana kita merujuk?


Jenayah siber mungkin sedikit berbeza berbanding jenayah sivil ataupun jenayah di alam nyata. Tetapi kita harus tahu jenayah tetap jenayah. Ianya menganggu kehidupan kita. Sekiranya kita menjadi mangsa, adakah kita akan menutup mata?
Di dunia siber berbeza dengan dunia nyata atau alam realiti. Di sana kita mampu bersembunyi identiti dan menyalahgunakan hak. Undang-undang siber merangkumi hak cipta, privasi dan kebebasan bersuara.
Kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa undang- undang siber untuk meminumkan aktiviti jenayah siber dari berleluasa di Malaysia.

1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
2) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.
3) Akta Tandatangan Digital 1997.
4) Akta Jenayah Komputer 1997.
5) Akta Teleperubatan 1997.
6) Akta Hakcipta (pindaan) 1997.

 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau Malaysian Communications and Multimedia Commission, MCMC

Sebuah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia. Tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa-kuasa yang diberi menurut akta di atas.

Bagaimana harus kita mencegah atau mengelak kita menjadi mangsa?

Privacy atau privasi. Perkara ini kita harus berjaga-jaga. Dalam arus pembangunan ini mida kita juga harus berkembang. Zaman kini zaman berteknologi. Pelbagai apps dan kemudahan siber telah berkembang pesat di Malaysia. Instagram dan facebook adalah salah satu contoh yang mana privasi kita makin berkurang. Jadi sebagai penguna kita harus mengambil langkah berhati-hati.

Selain itu, pembayaran secara online. Ia sememangnya memudahkan aktiviti harian kita. Menjimatkan masa dan bahan api. Tapi ia melibatkan harta kita jadi setaip transaksi harus berhati-hati dan bijak.

Sekian saja untuk waktu ini. semoga perkongsian saya memberi anda kesedaran yang dunia siber lebih luas dari dunia realiti.

Najmi Abdullah:

Comments are closed.