X
    Categories: tips ict

URL pendek senang ingat

Bukan manusia tak pandai. Cuma lazimnya mudah kita nak ingat ayat yang pendek. Inikan pula URL dengan kod hexadecimal bagai.

Fail atau borang online yang disimpan di Google Drive contohnya mempunyai pautan (link) yang agak panjang, pastinya sukar diingat.

URL/pautan yang panjang boleh dipendekkan dengan URL shortener seperti yang disediakan oleh bit.ly atau beberapa penyedia yang lain.

 

CONTOH

Sapa nak ingat kalau pautan ke page anda panjang macam ni -> https://www.facebook.com/notes/fstm-kuis/kursus-it-khidmat-komuniti-fstm/1416252861823085/

?

Kan senang kalau pendek macam ini -> bit.ly/khidmatfstm

 

BIT.LY
Contoh penggunaan ditunjukkan dalam gambar. Anda juga boleh menukar kod bit.ly kepada perkataan anda sendiri. Pastikan anda daftar di bitly.com .

 

TINYURL

Ada juga beberapa perkhidmatan lain seperti Google URL shortener (goo.gl) dan tinyurl. Goo.gl telah menghentikan sokongan, tinyurl setakat ini masih lagi berkhidmat.

Silakan mencuba…
Kalau anda suka, beritahu kepada kawan2 yang lain.
Nak tips seterusnya jang lupa LIKE page ni dan SEE FIRST facebook.com/kuis.fstm .

Khirulnizam Abd Rahman: Sila hubungi kami di m.me/kuis.fstm atau WhatsApp 0129034614