Ramai tak suka dengan Android Studio sebab lagging. Perlukan 8GB RAM + SSD kalau nak pengalaman koding yang lancar. Alhamdulillah VSCode sediakan Flutter/Dart plugins supaya kita boleh tulis kod Flutter dengan lebih tenang… 😉
Sila download dulu VSCode di code.visualstudio.com . Selepas selesai download& install VSCode, tambah Flutter plugins melalui panel EXTENSION seperti pada rajah di bawah.
Sebelum guna VSCODE edit Flutter – sila pastikan sistem komputer anda sudah memenuhi keperluan pembangunan Flutter.
Rujuk sini -> http://fstm.kuis.edu.my/blog/hello-flutter
Selepas install Flutter plugins, restart VSCode.
Tambah project Flutter melalui View->Command Palette -> taip Flutter: New Project
Taip nama projek Flutter
Tunggu sementara projek Flutter dimuat-turun dari server repository. Selepas selesai sila edit layout utama dalam lib/main.dart
F5 untuk cuba projek Flutter yang anda baru muat-turun (dengan syarat terdapat peranti Android/iPhone tersambung).
Catatan oleh:
KHIRULNIZAM ABD RAHMAN, Pensyarah Jabatan Sains Komputer, FSTM KUIS.
Beliau merupakan seorang trainer dalam bidang pengaturcaraan server dan antaramuka web (web front-end & backend) semenjak tahun 2000. Disamping itu juga amat berminat dalam pembangunan applikasi mobile Android, JSON, LARAVEL dan PHP-MySQL.
Antara kursus yang beliau kendalikan;
Blog peribadi beliau di khirulnizam.com . Beliau boleh dihubungi melalui email khirulnizam@gmail.com , atau Whatsapp: http://wasap.my/60129034614