Seperti kita semua tahu teknologi saban hari semakin canggih dan kehadapan. Dunia zaman ini berlumba dan manusia tidak mahu ketinggalan dalam segala kemajuan terutama dalam bidang teknologi. Hal ini bagus dan sihat akan tetapi jika ia tanpa memikirkan kesan atau semata demi matlamat dan kepuasan peribadi, ianya sangat kita bimbangkan!

Kecanggihan teknologi HAARP (High Freaquency Active Aurora Research Program) yang dikatakan teknologi yang sangat canggih selepas nuklear. Namun ianya tercalit dengan scandal sebagai dalang dan bertanggungjawab dalam pelbagai bencana alam telah menaikkan kemarahan negara kuasa besar seperti China, Rusia dan tak ketinggalan Venezuela. Namun Amerika Syarikat sebagai pembina teknologi yang sarat dengan isu ini hanya mendiamkan diri seribu bahasa. Mereka tidak mengia bahkan tidak pula menafikan isu berkaitan teknologi ini.

Isu ini sangat hangat dibincangkan oleh pelbagai lapisan manusia di seluruh dunia. Namun, di Malaysia ia bagaikan suam-suam kuku. Tidak tahu dimana silapnya, mungkin akan menggegarkan buat beberapa ketika nanti.

Kata-kata pedas daripada Presiden Venezuela iaitu Hugo Chavez yang mengaitkan HAARP dangan gempa bumi Haiti 2010 yang lansung tidak dijawap oleh Barack Obama.

Hugo Chavez, Presiden Venezuela

Kritikan para saintis dan media China yang turut mendakwa HAARP telah mencetuskan gempa bumi yang kuat di Sichuan,China pada 2008.

Didalam teknologi ini terdapat sebuah projek angkasa yang diberi nama “Blue Beam Project” yang dikategorikan sebagai ‘Above Top Secret’ oleh pihak NASA. Kononnya teknologi HAARP ini adalah untuk mengkaji bencana alam dan bagaimana mengurangkan kesan terhadap peristiwa itu. Namun dikatakan disebalik formulasi teknologi ini tersembunyi rancangan saintifik yang mana ia dibangunkan bagi tujuan ‘gelap’ di dalam kerahsiaan yang amat ketat.

Nikola Tesla – Seorang penganut ‘freethinker’ dan genius yang telah mencipta teknologi wireless dan penghantaran tenaga elektrik melalui wireless,1891

Asasnya teknologi ini dari idea seorang genius yg bernama Nikola Tesla. Ciptaan beliau iaitu WMD (Weapon of Mass Destruction) yang sebenarnya ialah HAARP buatan USA itu sendiri. Jika dilihat dalam website HAARP, teknologi ini seolah hanya penyelidikan ilmiah semata. Namun tahukah anda ia mampu melakukan lebih dari itu?

  1. Senjata Geofizikal (Geophysical Weapon/warfare).
  2. Boleh “lockdown” misil dan peralatan kapal terbang serta komunikasinya.
  3. Boleh memusnahkan komunikasi sesebuah negara.
  4. Gangguan proses mental manusia atau Mind Control.
  5. Alat x-ray bumi.
  6. Senjata Elektromagnetik.

Senjata Geofizikal ini boleh menghasilkan gempa bumi,taufan dan ribut. Ia boleh juga menghasilkan satu letupan tanpa misil,bom dan bahanapi yang hampir menyamai kekuatan letupan nuklear tanpa sebarang radiasi (impak bom).

Zooming..

Lokasi operasi HAARP, Mount Sanford, Alaska

Menurut Dr Rosalie iaitu seorang pengkaji, biasanya HAARP akan mengeluarkan kilatan cahaya yang ganjil seakan kilat yang terang ketika gelombang ELF dipancarkan. Pada 12 Mei 2008 muncul kilatan cahaya terang di langit China yang dikatakan sama juga berlaku di Acheh,Indonesia sebelum berlakunya tsunami besar tahun 2004.

Di Malaysia keratan akhbar Kosmo berita mengenai saintis cipta hujan lebat serta guruh di gurun dengan menggunakan HAARP, walaubagaimanapun penulis tidak menjelaskan tentang teknologi ini namun cuba perhatikan bentuk ilustrasi gambar tiang bercangkuk gambar dibawah

Link keratan akhbar Kosmo : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Dikatakan ianya berkait rapat usaha kerjasama kerajaan Arab Saudi bersama Amarika Syarikat dalam penciptaan hujan di gurun padang pasir

Ilmu Fitan

Namun seperti didalam kajian Ilmu Fitan atau Eskatologi iaitu ilmu akhir zaman dan ilmu strategi perang, ramai golongan didalam bidang ini mengaitkan teknologi HAARP dengan satu konspirasi. Adalah memadankan situasi yang berlaku dengan Al-Quran dan Hadith akhir zaman. Ia memerlukan kepekaan tinggi dan kefahaman terhadap murad Hadith-hadith tersebut. Antara tokoh yang mendedahkan tentang teknologi HAARP ini berkait akhir zaman ialah Sheikh Imran Hosein. Ustaz Auni Muhammad pula nama tokoh di Malaysia yang sekarang orang ramai kenali dalam pembongkaran teknologi ini didalam ceramah Ilmu Fitan-nya.

Sheikh Maulana Imran Hosein, India – Tokoh yang digeruni keilmuannya dalam kalangan tokoh agama lain

Oleh itu yang sedemikian, adakah teknologi HAARP ini sebagai kemuncak segala teknologi? apakah kemuncak teknologi itu dilihat dari kecanggihan yang ada pada teknologi tersebut? atau kesan dan kajayaannya? terpulang pada pandangan diri masing-masing. Setiap perkara itu ada kalanya mendatangkan kebaikan atau keburukan, namun di dalam sesuatu “perkembangan” atau “perjalanan” untuk mencapai kemahuan ianya juga berlaku dengan izin Yang Maha Mengetahui.

“Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat,mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’raf Ayat 179)

By A.Latif