IOS VS ANDROID

 

 

 

Telefon bimbit merupakan sebuah keperluan bagi setiap individu pada masa kini. Segala aktiviti harian boleh dilakukan dan dijalankan dalam telefon bimbit, bak kata pepatah ‘semuanya di hujung jari’. Oleh itu, pemilihan telefon bimbit yang terbaik haruslah dititikberatkan. Ios dan android telah mendapat saingan yang sengit di dalam pasaran pada masa kini. Jadi diantara ios dan android, yang manakah adalah terbaik?

Berikut merupakan tips dalam pemilihan telefon bimbit terbaik diantara ios atau android.

 

Keselamatan ataupun Privacy

 

Jika ingin dilihat dari segi privacy, android adalah mudah dan berisiko untuk diserang malware. Malware merupakan program komputer yang mempunyai virus dan ia juga boleh memberi kesan kepada penggunaan bateri telefon untuk cepat habis dan mencuri data pengguna secara tersembunyi. Hal ini kerana, android mempunyai platform secara terbuka iaitu pengguna bebas memuat turun pelbagai jenis fail dari internet tanpa mengetahui sumber asalnya. Di sini jelas menunjukkan ios lebih selamat kerana platformnya secara tertutup. Pengguna ios hanya boleh memuat turun fail dari apps stornya sahaja dan segala malware yang masuk akan ditapis bagi menjamin keselamatan telefon walaupun cara ini menghadkan pengguna.

 

 

Harga

 

Harga telefon yang menggunakan ios adalah lebih mahal berbanding telefon android. Hal ini kerana, apple ingin memberi yang terbaik kepada penggunanya dengan menggunakan kualiti yang tinggi dari pelbagai aspek. Harga telefon juga akan meningkat jika saiz storage semakin besar. Berbeza dengan android yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah kerana telefon android tidak mempunyai banyak storage. Jadi jika pelanggan ingin menikmati storage yang lebih besar, mereka hanya perlu menaik taraf saiz SD Card tanpa perlu menukar telefon.

 

 

Friendly

Telefon yang menggunakan ios seperti iphone agak susah untuk berkomunikasi dan digunakan untuk aktiviti pemindahan file dan ia boleh dikategorikan sebagai tidak friendly. Sebagai contoh, iphone tidak boleh berkongsi gambar, file dan sebagainya selain daripada jenamanya sendiri. Pemindahan file ke laptop dan laptop apple ke projetor juga menjadi rumit dan tidak friendly. Berbeza dengan android yang mudah untuk memindakan file dari telefon ke telefon, telefon ke laptop, mahukan laptop ke projektor.

 

 

Kamera

 

Telefon iphone cukup terkenal dengan kameranya yang cantik dan sempurna. Hal ini kerana, hampir kesemua kompenan iphone dibuat sendiri termasuklah prosedurnya. Syarikat iphone juga telah menyatakan penggunaan sekitar 800 engineer dalam mengembangkan model kameranya. Walau bagaimanapun, pelbagai jenama telefon android pada masa kini sudah dinaiktarafkan. Malah ada sesetengah jenama telefon android yang mampu mengalahkan kecantik dan kesempurna iphone.

 

PERBANDINGAN IPHONE 6 VS HUAWEI P10 CAMERA