Melangkah masuk ke bilik temuduga di KUIS, hati takda sebarang perasaan, tak gelabah, tak pikir banyak, tak harap pun dapat kerja di KUIS. Hati pada ketika itu agak berlagak tak kisah. Sambil menunggu, bercakap dengan anak yg berusia 8 bulan dalam perut, “Kalo ada rezeki ummi dapat kerja ni Alhamdulillah, tak dapat takpa sebab ummi masih ada kerja”. Masuk je bilik temuduga, ada 4 orang panel yang semua menundukkan muka serius ke ‘resume’ aku. “Hek eleh resume je pun”, dalam hati berkata-kata.

Seorang panel mengarahkan aku duduk dan minta aku perkenalkan diri. Suara agak garang dan muka pun serius je aku tengok panel lelaki sorang ni. Mula la aku masuk bakul angkat sendiri. Tetiba dia tanya soalan, “Kamu dulu kelas Master, Prof Aziz panggil kamu Amoi kan? Sebab kamu selalu buat bising dan selalu datang lambat ke dalam kelas.” Mula la aku terpinga-pinga. “Macam mana Encik tahu?!”, aku bertanya tanpa protokol, tanpa adab temuduga. Dengan selamba Encik ni jawab, “Saya ‘classmate’ kamu. Tak ingat ke? “, kata panel ni sambil mencebikkan muka. Akhirnya, aku keluar dari bilik temuduga dengan perasaan agak ‘blur’… mula berpikir… “Sapa mamat ni? Timbalan Dekan FSTM, classmate aku? Tak pernah nampak pulak”. “Lantakla”, hati pasrah dengan keputusan temuduga nanti.

Mengimbas semula kenangan masa belajar Master IT, aku adalah antara ‘girl’ ketika itu yang agak ‘rugged’ dan ada perangai suka merempit. Berbekalkan kereta Tiara yang menjadi ejekan kawan-kawan, aku tumpangkan kawan-kawan,
kesian kene jalan jauh dari fakulti ke asrama. Banyak jasa Tiara tu walaupun pensyarah aku sendiri suka ejek kereta tu. Kenangan takkan ku lupa! Tiada langsung kamus Master atau PhD dalam otak atau hati aku. Aku belajar Master pun sebab hari-hari kene bebel dengan mak sebab asyik makan dan tidur je kat rumah. Namun, bantuan Allah sangat hebat, setahun je dah setel pengajian Master aku. Rupanya perjalanan hidup disusun cantik olehNya. Habis je Master aku bekerja di pelbagai tempat. Cuba bertukar angin ke KUIS. Allah makbulkan.

Hari pertama di KUIS, aku diperkenalkan ke semua rakan pejabat. Kawan perempuan di kelas Master dahulu menegur. “Fiza, tak kenal aku ke?”. Dalam hati, “Eh glamer jugak aku ni.” Aku jawab teguran kawan itu, “Muka biasa nampak, nama tak ingat!”. Terus aku diimbaskan semula waktu belajar dahulu… ramai rupanya kenalan ketika belajar Master IT di UKM dulu yang semua menjadi pelbagai jenis bos di FSTM ni. Sejak itu, terasa kerdil diri ini sebab semua kawan jadi BOS besar di KUIS. Timbalan Dekan, Ketua Jabatan, senior di FSTM, semuanya kawan-kawan zaman belajar. Hahaha… Warna-warni kehidupan.

Dalam hidup ini, kita ditemukan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang bersungguh tapi asyik gagal, ada yang main-main tapi berhasil, ada yang penuh rancangan tapi satu pun tak jalan, ada yang ‘rigid’ dengan prosedur tapi melelahkan orang keliling dan macam-macam lagi. Aku berpegang kepada apa yang Allah tentukan nak jadi dan dah jadi tu memang terbaik la tu. Aku memang dah peroleh Master 14 tahun lalu. Kata-kata perangsang bos dan kawan-kawan suruh sambung PhD aku senyumkan aje. Sebab macam aku cakap kat atas…takda dalam otak dan hati aku. Tengoklah apa perjalanan hidup aku seterusnya… aku lakar sendiri… aku terima la akibatnya sendiri… Wallahualam.

#FSTMKUIS