Pada mulanya aku pun tak tahu kenapa aku sambung pengajian ke peringkat Master dulu. Habis je Degree Sains Komputer, aku sibuk cari kerja. Masa tu orang pakat guna website ‘jobstreet.com’ untuk buat carian pekerjaan.

Kebanyakan panggilan temuduga yang aku dapat, hampir semuanya aku pergi. Perjawatan dalam agensi kerajaan yang aku mohon kebanyakannya sebagai pegawai IT. Panggilan temuduga dalam sektor industri, pon aku pergi. Kebanyakannya jawatan sebagai ‘programmer’. Sementara dapat kerja tetap, aku bekerja jadi guru ganti, mengajar di sekolah menengah tempat aku belajar dahulu.

Tapi aturan Allah untuk aku rupanya berbeza daripada apa yang aku nak. Hasil daripada sesi temuduga , ada yang aku dapat tawaran kerja, tapi lepas bincang dengan abah aku, aku tolak atas beberapa faktor. Tapi yang aku nak sangat tak dapat pula.

Sebenarnya abah aku dah lama sebut. Sejak aku baru habis degree lagi. Katanya kaklong sambunglah Master, senang nak cari kerja. Nak jadi pensyarah pun senang. Masa tu aku nak elak sambung Master, nak elak juga jadi pensyarah. Kenapa? Entah. Malas pula rasa nak belajar lagi.

Lepas 6 bulan pencarian kerja, suatu hari tu … hati aku tiba2 terdetik. Kenapa aku tak sambung Master? Belum cuba belum tahu. Umur aku pun masih muda. Waktu itu aku berusia 22 tahun. Lagipon tempoh pengajian Master It ni tak lama, setahun setengah ja. Pasti tak terasa masa berlalu bila dah sibuk belajar. Maka aku pun dengan yakinnya pergilah mendaftar Master in IT. Kebetulannya universiti yang aku daftar ni tak jauh daripada rumah mak abah aku. Jadi jimatlah dari segi sewa penginapan, kan.

Cerita ini cerita 13 tahun yang lepas. Rezeki aku dapat offer kerja semasa semester akhir dalam pengajian Master. Kemudian bertukar kerja sehingga aku disini.

Kenapa sambung Master? Kawan, belajar Master ni berbeza dengan masa kau belajar degree. Cara kau berfikir akan berbeza. Pengalaman kau akanbertambah. Ilmu kau juga akan bertambah. Percayalah! Kau akan menjadi lebih dewasa.

Dan aku sangat gembira bila dapat tahu di KUIS dah ada offer Master dan PHD IT.

Program sarjana dan PHP teknologi maklumat PASCA-SISWAZAH FSTM KUIS
Program sarjana dan PHP teknologi maklumat PASCA-SISWAZAH FSTM KUIS
  • Maklumat lengkap program pasca-siswazah FSTM KUIS;
  • PT02 Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
  • MC03 Teknologi Maklumat
    => bit.ly/fstmmit
  • MT20 Sains (Multimedia Kreatif)
    => bit.ly/fstmmc