Zaman sekarang semua orang mahukan gambar yang cantik untuk dimuatnaik ke laman sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya. Tapi tidak semua mampu untuk membeli kamera yang bernilai ribuan ringgit!

No Problem! Berikut dibawah kami cadangkan 4 aplikasi kamera paling best untuk anda gunakan secara percuma!

4. 360 Lite

Mesti ramai yang tahu Camera 360  kan?? Ni nak bagitahu, aplikasi kamera ini adalah antara aplikasi paling popular yang ada di Google Playstore/Appstore tau.

Kenapa terbaik!! kerana kamera ini mempunyai banyak filter dan pelbagai jenis effect yang membolehkan anda mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan cantik, terdapat juga sistem lensa yang boleh membuatkan gambar anda lebih menarik jadi anda boleh mengedit dengan cepat dan mudah.

Antara shot yang menarik seperti dibawah.

Antara features aplikasi ini.

3. PICNIC

Nak ambil gambar ala-ala Sky Paradise, tapi cuaca mendung, semendung hatimu. Tak perlu risau! Gunakan aplikasi PICNIC by ESTsoft Corp.

BOOM! Boleh hashtag #PhotoOfTheDay di socmed!

PICNIC dimuaturun lebih 1 juta pengguna dan 4.7 reviews 5 bintang ini, menyediakan filter yang boleh merubah langit berubah menjadi lebih menarik.

Anda bukan seorang jurugambar profesional? Jangan risau, PICNIC sentiasa bersama anda! Jom kita layan gambar dibawah.

2. 1998 Cam – Vintage Camera

Siapa peminat gambar Vintage pasti akan suka aplikasi ini, 1998 Cam adalah aplikasi keluaran syarikat The FFFF Studio. Aplikasi ini telah dimuaturun oleh lebih 5 JUTA pengguna smartphone dengan purata 4.7 reviews bertaraf 5 bintang!

Filter yang disediakan aplikasi ini sangat cantik dan pelbagai. Nak post gambar di Instagram dengan gambar yang rare dan vintage? Apalagi, muaturun 1998 Cam – Vintage Camera sekarang!

Jom tgk gambar dibawah!

Berikut antara interfaces aplikasi ini.

1. Foodie by SNOW

PEMENANG KITA! Aplikasi yang digemari pencinta makanan! Foodie adalah aplikasi yang dihasilkan oleh syarikat SNOW Inc. khas untuk mereka yang suka mengambil gambar makanan!

Foodie telah dimuaturun lebih 10 M pengguna Android mahupun iOs dengan purata 4.4 review bertaraf 5 bintang.

Aplikasi ini menyediakan pelbagai filter yang menarik yang mampu menjadikan gambar anda bukan biasa-biasa! Jom kita lihat testimoni dibawah.

Dibawah antara interfaces aplikasi Foodie.

Lepas ni tak ada masalah nak upload gambar cantik di Instagram!

Bonus!

Dah ada aplikasi untuk ambil gambar yang cantik, tapi apa kata kita tambah dengan skill ambil gambar yang menarik!