Komunikasi merupakan elemen penting yang harus dikuasai oleh seorang pelajar yang bergelar mahasiswa. Hal ini kerana, setelah menceburi bidang pekerjaan majikan akan meletakkan kemahiran komunikasi sebagai salah satu kemahiran bukan teknikal yang perlu dikuasai oleh para pekerja yang ingin bekerja sama ada dalam sektor swasta mahupun kerajaan.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor menawarkan kursus dalam bidang ini untuk Ijazah Sarjana Muda. Tujuan KUIS menawarkan kursus Komunikasi Perspektif Al-quran & Sunnah ini adalah untuk menerap dan mengajar para mahasiswa bahawa komunikasi juga berlaku dalam Islam seperti berdakwah.

Komunikasi dakwah yang berkesan dan mampu memenuhi keperluan mad’u dalam usaha mentarbiyah mereka ke arah amar makruf nahi mungkar sewajarnya bertindak sebagai wahana dalam pembentukan akhlak, sahsiah dan perubahan sikap. Justeru itu, pensyarah pendidikan Islam yang berperanan sebagai da’i secara langsung perlu memiliki kemahiran dalam penyampaian dakwah melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi menghapuskan kejahilan ilmu dan keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar. Selagi masih wujud kepincangan di peringkat perlaksanaan pasti memberi kesan pada peringkat penerimaan.

Komunikasi dalam Islam bukan sekadar menyampai dan menerima mesej seterusnya memberi respon bahkan penyampaian maklumatnya melalui metode habluminallah, habluminannas dan muhasabah yang menghasilkan interaksi sosial ke arah menjalinkan hubungan silaturahim. Walaupun elemen-elemen yang mendokong konsep komunikasi Islam dan Barat adalah sama iaitu penyampai, penerima, saluran, mesej dan maklum balas, namun komunikasi dalam Islam begitu menitikberatkan nilainilai berlandaskan syariat, Al-quran dan sunnah dalam penyampaian supaya segala bentuk fakta mesti bertunjangkan kebenaran dan menjauhi fitnah.

Seperti yang disebutkan tadi, KUIS menawarkam program IJAZAH SARJANA MUDA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH DENGAN KOMUNIKASI (KEPUJIAN) si bawah fakulti Pengajian Peradaban Islam (FPPI).

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
KOMUNIKASI PERSPEKTIF AL-QURAN & SUNNAH

Untuk maklumat lanjut lawati laman web : http://fpm.kuis.edu.my/

Maklumat tentang proforma kursus Ijazah Sarjana Muda Al-quran dan Sunnah Dengan Komunikasi (KEPUJIAN) : http://onlineapp2.kuis.edu.my:8080/onlineapp/program/BI02.pdf