Cloud Scenario

Pastinya ramai tertunggu-tunggu promosi tiket percuma dari AirAsia. Bila tawaran diumumkan, kita akan tunggu 12 tengah malam hari tempahan percuma dibuka. Rupanya bukan kita sahaja yang sedang menunggu, berjuta lagi rakyat Malaysia menunggu perkara yang sama. Dan apabila kita berjaya masuk ke website AirAsia, anda dimaklumkan web server tidak dapat menampung permintaan, dan anda akan dijemput masuk melalui email untuk tempahan anda 30 minit kemudian. Jadi anda pun tunggulah email jemputan itu sambil mata merah mengantuk. 20 minit kemudian anda terlena.

Senario di atas pernah berlaku kepada penulis beberapa tahun lepas di mana AirAsia pada waktu itu menggunakan dedicated server yang terhad bilangannya. Banyak kesulitan server tidak dapat menampung operasi waktu puncak teruatama ketika tawaran tempat duduk percuma. Sekarang tidak lagi, sekarang AirAsia.com telah menggunakan perkhidmatan cloud oleh AWS (rujukan https://aws.amazon.com/solutions/case-studies/airasia/ ).

Artikel ini bukan mahu mempromosi platfom AWS, kajian kes di atas merupakan antara kelebihan menggunakan platform cloud. Ada banyak lagi penyedia cloud lain seperti Microsoft Azure dan Google Cloud Platform (artikel seterusnya akan bandingkan tiga penyedia utama cloud ini). Namun AWS antara penyedia awal yang telah kukuh ekosistem dan sokongan pengguna.

Apa beza cloud dengan dedidated-server?

Kata-kunci utama adalah scalability. Scalable bermaksud mampu menyesuai berdasarkan keperluan. Sekiranya permintaan pengguna memuncak, platfom cloud mampu menambahkan kuasa perkomputeran. Sekiranya penggunaan waktu biasa, cloud akan kembali kepada kuasa perkomputeran asal.

Contohnya: Sistem ecommerce kita pada waktu biasa cuma memerlukan dua buah server. Jadi kita akan bayar penggunaan dua buah server ini sepanjang tahun selama 12 bulan. Namun kita sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan setiap tahun akan berlaku permintaan capaian sistem naik mendadak kerana jualan promosi Hari Raya.

Dengan pertimbangan waktu puncak ini, model cloud memungkinkan kita menambahkan kuasa perkomputeran kepada lima buah server beroperasi untuk sistem kita hanya pada bulan Ramadhan. Bulan lain kita kembali kepada kuasa perkomputeran dua buah server. Kita cuma perlu membayar perkhidmatan untuk kuasa perkomputeran yang kita guna sahaja.

Berbanding dengan dedicated-server, sekiranya kita perlu untuk memastikan capaian sistem lancar setiap bulan, kita perlu menyediakan lima buah server sepanjang tahun. Yang mana ia adalah pembaziran kerana kita tahu sebelas bulan kita cuma perlukan dua server, manakala penggunaan optima lima server cuma berlaku pada bulan tertentu sahaja. Lagi pula sekiranya server kita beroperasi dalam premise kita sendiri, lagi mahal kos overhead seperti staf dan elektrik. (Artikel ini hanya membincangkan tentang scalability, yang memberi kesan drastik kepada prestasi dan pengalaman pengguna. Faktor kos belum diambil kira)

blur computer connection electronics

Photo by Field Engineer on Pexels.com

Bagaimana privasi/keselamatan data kita simpan di server orang lain?

AWS mengamalkan ISO 27018 perlindungan privasi data pengguna. Cumanya bila data kita berada dalam Internet, risiko digodam tetap ada di mana jua. Cuma dari segi sokongan backup AWS menyimpan data kita di beberapa tempat yang mana penting sekiranya tempat kita berlaku bencana alam yang teruk.

Sila rujuk https://aws.amazon.com/compliance/data-privacy-faq/ .

Lesen perisian dah beli, perlu beli lagi kah untuk guna di server baharu?

AWS membenarkan pindah contohnya lesen Oracle kepada server baharu.


aws-educate

FSTMKUIS sedang dalam usaha membawa program AWS Educate kepada pelajar KUIS. AWS sedang dalam proses melebarkan sayap dari Singapura ke Malaysia. Inisiatif awal 2018, Selangor akan jadi hub AWS di Malaysia. Kami berpendapat inisiatif cloud AWS ini akan berkembang pesat. Jadi kami akan ambil peluang untuk menambah keupayaan pelajar dalam mengadaptasi teknologi baharu.

Berikut disertakan video kajian kes AirAsia menggunakan AWS

Kredit: Imej dan video dari aws.amazon.com


Smart Selangor AWS Educator course

Venue: Bilik Kuliah 2, Aras 2, 
Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, 
Universiti Malaya

More companies are adopting the cloud; AirAsia, Dropbox, Adobe and also Selangor state governments. They say hosting your own server on your own facilities is a traditional way. How about migrating to cloud?

Cloud computing is shared pool of computing services that can be rapidly provisioned with little management effort.

Update & upgrade technology related to cloud computing. Training is sponsored by SELANGOR Smart Delivery Unit with 8 participants from Dept of Computer Science FSTM KUIS.

COURSE OUTLINE

Day 1: Introductions

  • What is Cloud Computing?
  • Who is AWS?
  • What is the AWS Educate program?

Introductions to understand more about what Cloud is and how AWS plays a part in this technological evolution. Participants will be introduce to the AWSEducate Program and enroll onto it.

Introduction to AWS Core Services
Participants will be introduced to the cores services of AWS through hands-on workshops and how it all ties in with various workloads.

  • Deep Dive into Big Data Services
  • Deep Dive into AI/ML
  • Deep Dive into Internet of Things (IoT)

Day 2: Transforming curriculums withAWS technology & skills

  • Group Workshop: From Ideation to Integration
  • Sharing from participants: Curriculum, Outcomes & Pedagogy
  • Case Study: Curriculum transformation with AWStechnology