Buat julung kalinya, Marvel Studios’ mengadakan pameran di Malaysia sempena menyambut sepuluh tahun filem-filem adiwira Marvel Cinematic Universe (MCU). Pameran ini memberi peluang kepada para peminat setia filem siri itu untuk meneroka perjalanan watak-watak MCU yang dikenali ramai antaranya Iron Man, Captain America, Thor, Guardian of the Galaxy, Black Panther, Ant-Man, Dr. Strange dan Captain Marvel.
Pengunjung juga dapat merasai pengalaman momen-momen MCU dengan melihat lebih dekat lagi prop-prop dan kostum asal adiwira Marvel yang terpilih yang diterbangkan khas dari Hollywood. Terdapat 10 galeri daripada setiap watak adiwira-adiwira bermula daripada filem Iron Man yang pertama sehingga Avengers: Endgame. Terdapat juga permainan interaktif untuk kanak-kanak dan dewasa melalui rekaan semula set adiwira kegemaran anda! Butiran pameran adalah seperti berikut:
Tarikh: 28 Jun hingga 27 Oktober 2019
Waktu operasi: 10.00 am – 10.00 pm
Lokasi: Aras 10, Pavilion, Kuala Lumpur, Malaysia
Harga Tiket:
Dewasa : MyKad – RM 48, Normal – RM 58
Kanak-kanak : MyKad – RM 28, Normal – RM 38



Marvel Studios: 10 Years of Heroes dianjurkan oleh The Walt Disney Company Southeast Asia bersama Crave Alive dan Beast Kingdom dengan kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan KLOOK.