1. Buat Affiliate

 

Affiliate sebagai cara yang pertama sebab , ini cara paling mudah untuk buat bisnes tanpa perlu keluar satu sen pun.

Konsep affiliate adalah kita jual produk orang lain dengan hanya perlu promosi / war-warkan link yang diberikan khas untuk kita.

Bila orang buat belian menggunakan link tersebut, kita akan dapat komisen mengikut peratusan yang telah ditetapkan.

Ada banyak platform yang menyediakan peluang affiliate.

Ini antaranya:

  • Lazada (sesuai kalau anda kaki shopping online)
  • Agoda (sesuai kalau anda jenis suka travel)
  • Amazon (sesuai kalau anda suka beli barang dari oversea)

Pembeli biasanya tak akan tau yang mereka telah membeli menggunakan link affiliate anda sebab tempahan dan bayaran semuanya dibuat terus di website penyedia platform affiliate yang kita gunakan.

 

Jadi kerja anda sangat mudah; hanya tarik trafik masuk ke link tersebut.

Ada banyak cara yang anda boleh guna untuk tarik trafik masuk ke link affiliate anda. Antaranya:

  1. Selit link dalam artikel di Blog (atau buat artikel khas tentang produk tersebut, contohnya review produk)
  2. Share link di Facebook (boleh juga buat FB Ads)
  3. Blast emel / Whatsapp
  4. Letak link di bahagian description untuk video di YouTube

Komisen

Komisen untuk affiliate biasanya dibayar pada akhir bulan, ataupun bila jumlah komisen mencecah jumlah minima yang ditetapkan (bergantung pada platform).

Jadi kalau anda nak duit cepat, affiliate mungkin bukan pilihan yang tepat (pastikan anda baca segala Terms and Condition untuk tau bila anda akan terima bayaran).

Dari segi jumlah komisen pula, untuk affiliate produk fizikal biasanya dalam 5% ke 10%.

Kalau nak komisen yang lebih besar, boleh promosikan produk digital sebab biasanya komisen dalam 30% ke 50% (ada juga yang tawarkan komisen sehingga 90%).

2. Dropshipper

 

Dropshipper ialah satu jenis perniagaan yang tidak memerlukan anda untuk menguruskan stok, membuat penghantaran dan senang kata tak perlu nak fikir segala urusan yang berkaitan dengan barang secara lansung.

Semua itu akan diuruskan oleh pihak pengeluar, pihak ketiga atau dropshipper (pembekal) yang memberikan perkhidmatan tersebut.

Dalam konsep bisnes dropship ini, anda akan menerima tempahan dan bayaran daripada pelanggan.

Selepas itu, anda akan membuat tempahan dan bayaran kepada pihak dropshipper pula dan mereka akan membuat penghantaran barang terus ke pelanggan anda.

Tugas anda sebagai agen dropship?

Jika semua urusan barang sudah dilakukan oleh dropshipper, jadi apakah yang saya kena lakukan?

Dalam bisnes dropship ada dua perkara penting yang anda kena lakukan untuk menjamin kejayaan bisnes online anda.

Kerana bukan anda seorang saja yang menjual produk tersebut, ramai lagi yang membuat perniagaan sama seperti anda. Silap-silap mereka pun mengambil dari pembekal yang sama dengan anda.

Jadi dua petua bisnes dropship ini akan membantu anda dalam bersaing dengan peniaga lain dalam bisnes online ini.

Apa benda dua petua tu?

Dua perkara penting tersebut ialah cara menjual dan value yang anda berikan kepada prospek(pelanggan).

 

  • Cara menjual

Dalam bisnes dropship terdapat pelbagai cara menjual yang boleh digunakan mengikut produk yang anda tawarkan.

Tidak semua produk boleh dijual dengan teknik yang sama. Terdapat pelbagai cara pemasaran yang ada, cari cara pemasaran yang paling sesuai untuk anda lakukan.

Teruskan membaca kerana saya akan dedahkan bab ini pada bahagian marketingnanti okay.

 

  • Value

Seperti saya katakan tadi, mungkin ramai lagi peniaga online yang menjual produk yang sama dari pembekal yang sama dengan anda.

Jadi apa yang akan membezakan anda dengan pesaing tadi?

Yes, servis dan value yang anda berikan.

Antaranya cara melayan para pelanggan, response yang cepat dan banyak lagi yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian bakal pelanggan anda.

Itulah antara kunci untuk kekal bersaing dengan bisnes dropship ini.

Sekarang kita akan masuk bahagian yang penting untuk mulakan bisnes online secara dropship ni.

 

 

Market Research 

 

Untuk mulakan bisnes dropship dan bisnes online lain sekalipun, market research (kajian pasaran) ini ialah langkah pertama untuk anda kenal pasti produk yang anda akan jual ada permintaan atau tidak.

Mesti dalam kepala anda semua sudah terlintas produk apa yang nak dijual sejak dari mula awal membaca tadi kan?

Bagus bagi yang dah tahu, bagi yang masih tertanya saya akan berikan tips untuk cari produk.

Tips cara pantas pilih produk:

 

  • Hobi dan minat

Kebanyakkan orang mempunyai hobi, jadi antara cara untuk memilih produk ialah yang berkaitan dengan hobi dan minat anda.

Hal ini akan membantu anda mengenali produk dengan lebih mendalam lagi kerana anda sudah ada pengetahuan tentang produk tersebut. Jadi mudah untuk anda promosikan produk tersebut kelak dengan pengetahuan yang anda miliki.

Sambil tu dapat juga kongsi minat anda tu dengan pelanggan kan. Silap-silap dapat kawan baru yang sama hobi pula.

 

  • Produk trending

Produk trending ialah produk yang mendapat permintaan tinggi pada masa tertentu saja. Habis musim, sepi lah produk tersebut dari pasaran.

Contohnya seperti selipar Crocs, vape, fidget spinner dan banyak lagi yang pernah mendapat sambutan hangat dulu. Pergi kemana saja mesti ada produk tersebut.

Sampai banyak tempat sold out pulak tu.

Hebat penangan produk trending ni kan.

Anda boleh masuk pasaran trending ni dengan ketahui produk apa yang tengah trend pada masa sekarang atau masa akan datang.

Tapi produk trending tak bertahan lama, sampai masa ia akan sunyi dari pasaran. Jadi pastikan anda boleh buat jualan gila-gila masa produk tersebut tengah trending.

 

  • Produk evergreen

Bagi produk yang sentiasa ada permintaan (evergreen) pula, jualannya mungkin tak sekencang seperti produk trending.

Tapi jualannya lebih stabil kerana sentiasa ada orang yang perlukan produk tersebut kerana ia tidak bermusim.

Sebagai contohnya seperti produk kecantikan diri, produk kesihatan dan sebagainya.

 

3.Kongsi Ilmu

Selain daripada buat affiliate dan jadi dropshipper, anda juga boleh buat bisnes dengan berkongsi ilmu yang melibatkan kepakaran anda.

Contoh bisnes yang melibatkan perkongsian ilmu adalah seperti:

  • Jual eBook / video panduan
  • Buat kelas / seminar / kursus
  • Khidmat konsultasi

Untuk mulakan bisnes seperti ini, anda tak perlu gunakan modal yang besar sebab semuanya boleh disediakan dengan kos yang rendah.

Anda hanya perlu kenalpasti apa kepakaran anda yang orang akan sanggup bayar untuk belajar.

Selepas itu anda perlulah cari dan yakinkan mereka untuk membeli panduan yang anda dah sediakan itu.

4.Produk Digital

Apa itu produk digital?

Kebiasaannya produk digital ini merupakan jenis information.

Contoh produk digital adalah seperti ebook,webinar,software dan rakaman video.

Nak buat produk digital ini tak perlukan modal yang besar.

Kalau nak buat ebook , cukup sekadar tahu menggunakan microsoft words dan PDF.

Kalau webinar, sekarang ini kita dah ada Facebook Live atau Youtube Live.

Untuk produk digital ini anda perlu tahu niche apa yang sesuai dan HOT di pasaran.

Niche yang paling laku keras atau evergreen sepanjang masa ialah niche bisnes cari duit.