Ha! Korang pernah dengar tak pasal Foodpanda? Foodpanda ni adalah aplikasi yang boleh digunakan untuk memesan makanan secara online. Almaklum la, masyarakat sekarang kan lebih gemar memesan makanan secara online berbanding walk-in terus ke tempat tersebut. Lagi-lagi kalau yang sibuk bekerja. Aplikasi ni memudahkan dan menjimatkan masa anda.
Bagi yang tak tahu lagi mcam mana penggunaan aplikasi ini, berikut adalah cara-cara yang boleh anda praktikkan.
- Firstly, of course la kena sign in or register bagi yang tak pernah guna Foodpanda ni. Kena bagi details macam nombor telefon, email, alamat dan sebagainya.
- Lepas tu, tuliskan alamat anda atau on je location. Jangan risau, Foodpanda bukan kat KL je, ada kat Subang, JB, Petaling Jaya dan sebagainya.
- Taadaaaaaa… Tengok gambar bawah ni. Banyaknya pilihan makanan beserta harga sekali. Tinggal nak pilih je. huhu.
- Ouhh yaa! Anda boleh filter makanan yang anda inginkan tau. Nak filter harga lain, offers atau jenis makanan pun boleh.
- Bila dah pilih tu, anda boleh tetapkan hari dan masa penghantaran makanan tu. Kalau dah lapar sangat, nak delivery ASAP pun boleh. Hehe.
- Kalau nak add-ons pun boleh.
- Dah habis pilih semua makanan, anda boleh checkout untuk pembayaran. Pembayaran pulak boleh buat secara cash on delivery, online banking atau bayar guna debit/kredit kad. Akhir sekali, boleh place order dan tunggu hingga makanan anda sampai.
Disini turut disertakan dengan cara penggunaan aplikasi Foodpanda menggunakan smartphone anda. Selamat mencuba!
Nursafika & Ummu Aiman