Terdapat banyak kes pengguna yang mengalami situasi pencerobohan data dan ancaman virus ketika melayari internet.
Hal ini menyebabkan kerisauan dan keresahan yang meninggi dalam kalangan pengguna internet. Kami akan berkongsikan sebuah kisah benar yang mengerikan mengenai pedofilia yang berlaku di internet.
PEDOFILIA (penderaan kanak-kanak)
Lebih 20% isi kandungan yang terdapat dalam dark web berkenaan video atau benda yang melibatkan Pedofilia. Pada tahun 2015, Shannon Grant mcCoole merupakan seorang admin yang memiliki laman Darkweb telah memuat naik gambar penderaan kanak-kanak. Telah dipenjarakan selama 35 tahun apabila didapati bersalah. Laman web Shannon, mempunyai sekurang-kurangnya satu ribu pedofil di seluruh dunia. Shannon yang beroperasi dari Australia telah mendera 7 orang kanak-kanak, ada daripada mangsa yang berumur 5 tahun. Shannon dikatakan, memuat naik gambar penderaan tersebut.Ahli dark web, di wajibkan memuat naik sekurang-kurangnya 1 gambar penderaan kanak-kanak jika tidak mahu di tendang dari laman web tersebut. Lebih lima puluh ribu gambar penderaan kanak-kanak dan pedofilia yang ditemui di komputer Shannon apabila dia diberkas.
Tips melayari internet dengan selamat
- Sentiasa mengemaskini “Antivirus” anda dengan kemaskini yang terkini.
Ini kerana, penjenayah siber selalu menyerang dan mencari cara-cara terbaru untuk menceroboh dan menyebarkan virus.
Dengan mengemaskini, anda akan lebih terjaga dan rasa lebih selamat semasa melayari internet. - Berjaga-jaga dengan laman web yang ada unsur-unsur “phishing”.
Pastikan sebelum anda mengisi apa-apa maklumat peribadi anda atau ketika ingin melakukan apa-apa2 transaksi ialah anda berada di laman web yang “secure”.
Caranya adalah anda perhatikan “URL” laman web tersebut. Anda bole cari dan pelajari macam mana jenis-jenis laman web “phishing” ini untuk mengelakkan anda terjerat dikemudian hari. - Berhati-hati dengan “Scammer”.
Modus operandi kebiasaanya akan melakukan beberapa trick untuk mengambil dan mengakses maklumat anda tanpa anda sendiri sedar.
Ambil langkah berjaga-jaga dengan bertanya kepada orang disekeliling dan sedarkanlah diri anda terhadap ancaman-ancaman mulut atau ayat manis yang membuatkan anda terbang tinggi tidak menjejak tanah.
Berhati-hatilah. - Menggunakan sistem pengurusan “password”.
Ada sesetengah Antivirus menyediakan perkhidmatan ini. - Pastikan “Social Network” anda sentiasa selamat.
Media sosial pada masa kini menjadi satu keperluan kerana setiap orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial.
Media sosial pula merupakan salah satu target bagi para penggodam, barhati-hatilah sekiranya anda ada friend yang jarang atau tidak pernah menghubungi anda tiba-tiba dia hubungi,
selidiklah dulu sebelum anda memberi apa-apa2 maklumat tanpa sengaja. - Pastikan “Wi-fi” anda mempunyai password yang baik dan tidak terdedah kepada serangan.
Mempunyai password yang baik dan tidak berkongsi password Wi-fi anda dengan sewenagn-wenangnya adalal salah satu langkah berjaga-jaga,
kerana dengan password Wi-fi anda akan memberi akses kepada device-device yang berada di dalam rumah anda. - Memantau anak-anak yang menggunakan internet.
Ini kerana anak-anak akan berpotensi untuk menekan link-link yang mencurigakan dan berbahaya sekaligus memberi peluang kepada penggodam-penggodam di luar sana. - Menggunakan Anrivirus yang mempunyai 24/7 support.
Akan dapat membantu anda sekiranya berlaku apa-apa masalah yang perlukan bantuan support system dalam tempoh segera. - Berhati-hati ketika “Download” apa-apa file dari internet.
Penjenayah siber biasanya akan trick anda untuk download sekali malware yang diselitkan untuk percubaan mencuri data. -
Melakukan transaksi hanya di “Safe” laman web.
Maklumat berkaitan bank dan duit lebih menarik perhatian penggodam. Maka buatlah transaksi di laman-laman yang selamat dan dipercayai.