Pasti anda suka dengar perkataan PERCUMA kan?

Disini kami menyediakan beberapa software-software yang percuma (ataupun dikenali sebagai ‘Open Source’) yang dapat membantu anda untuk menghasilkan produk multimedia yang bagus dan mudah tanpa perlu untuk membayar satu sen pun!

 

  • Aegisub

Aegisub adalah perisian percuma platform untuk membuat dan mengubah suai sari kata. Aegisub menjadikannya subtitle cepat dan mudah untuk masa audio, dan mempunyai banyak alat berkuasa untuk menyusunnya, termasuk pratonton video masa nyata. Ia digunakan secara meluas dengan user , untuk mencipta atau menterjemahkan sari kata secara tidak rasmi dan tidak kormesil untuk media visual oleh user. Ia boleh juga untuk membuat video seperti karaoke.

Aegisub sesuai dengan Windows, Linux, Mac OS, dan FreeBSD. Dalam kata ‘fansubbing’, Aegisub digunakan untuk ‘translating’ , ‘timing’, ‘editing’, ‘typesetting’, ‘quality checking’, ‘karaoke timing’ dan ‘karaoke effecting’. Walaupun banyak kumpulan menggunakan alat yang berbeza untuk beberapa langkah tersebut, seperti Adobe After Effects untuk ‘typesetting’ atau editor teks mudah untuk terjemahan.

 

 

  • Audacity

Antara perisian audio editor  yang percuma. Perisian ini boleh menyunting  dan merakamkan suara atau bunyi. Terdapat banyak jenis ‘effect’ yang boleh disunting dengan perisian ini.  Mudah untuk digunakan dan terdapat banyak tutorial-nya di Youtube.  Audacity available untuk Windows dan macOS/OS X. Di dalam software Audacity ini, kita boleh mengedit seperti cut,copy dan paste, multitrack mixing dan selanjutnya. Audacity menawarkan features “trim” di mana kita dapat membuang audio yang tidak diperlukan.Terdapat juga beberapa effect yang di sediakan oleh Audacity dan yang paling menariknya audio yang diedit boleh disimpan mengikut format yang dipilih oleh user.User tidak perlu untuk pergi ke laman web online atau muat turun aplikasi untuk menukar format audio tersebut.

 

  • PhotoScape

 Merupakan salah satu perisian untuk menyunting gambar. Konsep untuk perisian ini adalah ‘Easy and fun’ kerana user boleh menyunting gambar dengan mudah sekali. Seperti di dalam gambar, terdapat banyak jenis ‘tasks’ yang PhotoScape boleh lakukan antaranya Photo Viewer, Photo Editor, Photo Batch-Editor, , Page Creator, GIF Animation, Featured Printer, Screen Capture, Color Picker, RAW Converter dan Face Finder. Antara kelebihan menggunakan photoscape adalah terdapat aplikasi screen shot dengan kaedah mengambil gambar secara ‘full page’. Photoscape juga menyediakan ‘features’ untuk menukar format gambar, contohnya daripada JPEG kepada GIF. Photoscape juga memberikan ‘frame’ yang banyak dimana pengguna dapat mengedit gambar yang banyak dalam satu masa yang sama. PhotoScape available untuk Windows dan Mac.

 

  • Unity 3D

Unity adalah ‘game engine’ yang telah dibangunkan oleh Unity Technologies yang dikeluarkan pada Jun 2005. Mula-mula ia eksklusif untuk OS X sahaja. Pada 2018, ‘game engine’ tersebut telah diperluaskan untuk ‘support’ 27 platform yang lain. Unity boleh membuat permainan dalam 3D dan 2D. Platform-platform yang mengunakan Unity adalah , iOS, Android, Tizen, Windows, Universal Windows Platform , macOS, Linux, WebGL, PlayStation 4, PlayStation Vita, Xbox One, Wii U, 3DS, Oculus Rift, Google Cardboard, SteamVR, PlayStation VR, Gear VR, Windows Mixed Reality, Daydream, Android TV, Samsung Smart TV, tvOS, Nintendo Switch, Fire OS, Facebook Gameroom, Apple’s ARKit, Google’s ARCore, dan Vuforia.

Dalam permainan 2D, membolehkan pengimportan sprite dan ‘2D world renderer’ yang maju. Untuk permainan 3D,Unity boleh spesifikasikan  ‘texture compression’, ‘mipmaps’, dan resolusi untuk setiap platform yang disokong dengan ‘game engine’,  ‘support for bump mapping’, ‘reflection mapping’, ‘parallax mapping’, ‘screen space ambient occlusion (SSAO)’, ‘dynamic shadows using shadow maps’, ‘render-to-texture’ and ‘full-screen post-processing effects’.

 

  • Blender

Bagi peminat 3D , Blender merupakan perisian yang PERCUMA untuk anda explore! Walaupun ianya percuma software Blender sangat bagus untuk “beginners user” kerana software ini amat mudah untuk digunakan.  User boleh menghasilkan ‘art’ atau animasi 3D yang realistik dengan hanya menggunakan software blender sahaja.

Software Blender terdapat features seperti 3D modeling, UV unwrapping, texturing, raster graphics editing, rigging and skinning, fluid and smoke simulation, particle simulation, soft bodysimulation, sculpting, animating, match moving, rendering , motion graphics, video editing dan compositing.Banyak tutorial menghasilkan produk 3D menggunakan software blender di Youtube yang  anda boleh  jadikan rujukan.

 

Semoga bermanfaat untuk para pembaca dan selamat mencuba!