Pendahuluan

Seperti yang kita tahu, laptop amat diperlukan oleh mahasiwa untuk melanjutkan pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa tidak wajib untuk semua mahasiswa memiliki laptop, namun mereka akan mendapat banyak manfaat jika menggunakannya. Di sini kami akan menerangkan manfaat dan kegunaan laptop bagi mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

 

1. Mencari Sumber Maklumat

Mencari sumber maklumat amat mudah jika menggunakan laptop. Sumber tersebut boleh didapati apabila mahasiswa melayari laman internet yang mempunyai sumber maklumat yang luas. Walaupun perkara tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan telefon bimbit, namun skrin laptop yang lebih besar memberikan paparan yang lebih luas dan jelas, sekaligus menjadikannya lebih baik berbanding telefon bimbit dalam mencari sumber maklumat.

 

 

2. Membuat Tugasan

Mahasiswa tidak akan dapat lari dari tugasan atau ‘assignment’ yang diberikan oleh pensyarah mereka, sama ada banyak atau sedikit. Laptop dapat memudahkan mereka membuat tugasan kerana laptop mempunyai aplikasi yang boleh membantu dalam membuat tugasan seperti Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word. Papan kekunci yang luas juga memberikan keselesaan kepada mereka untuk membuat tugasan.

 

 

3. Mengasah Skil Berkaitan ICT

Laptop dapat membantu dalam mengasah skil pelajar yang berkaitan ICT, seperti menyunting video. Skil itu memerlukan ‘processor’ yang baik agar mereka dapat menyunting video dengan lancar. Simpanan yang luas juga amat diperlukan supaya video dapat disunting dan disimpan dengan baik.

 

 

4. Mengisi Masa Lapang

Tanpa kita duga, laptop juga dapat membantu mahasiswa mengisi masa lapang. Selalunya, mereka akan bermain game seperti DOTA atau PES, serta menonton movie bersama rakan-rakan, sebagai aktiviti untuk mengisi masa lapang mereka di dalam bilik.

 

 

5. Alat Komunikasi

Laptop juga boleh dijadikan alat komunikasi, sama seperti telefon bimbit. Sebagai contoh, terdapat aplikasi Whatsapp Web yang membolehkan pengguna menggunakan applikasi Whatsapp melalui laptop. Aplikasi lain seperti Skype juga memudahkan pengguna berkomunikasi dengan orang lain kerana laptop sekarang sudah dibekalkan dengan kamera, jadi mereka boleh membuat ‘video call’ bersama orang lain.

 

                   

 

Penutup

Sebenarnya, terdapat banyak manfaat laptop selain daripada bermain game dan menonton movie sahaja. Manfaat itu akan dapat dirasai sekiranya mahasiswa bijak menggunakan laptop sebaik mungkin. Justeru, mahasiswa hendaklah bijak dalam menggunakan laptop agar manfaatnya dapat dirasai bersama.

 

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=6E0AQkDBNTg]

 

Disediakan oleh : Mohammad Zuhaili & Muhammad Hafiz