METAVERSE FOR EDUCATOR TRAINING
This course is a theoretical and hands on course about Metaverse, a platform that makes
it easy to create Augmented Reality (AR) and Interactive Experiences.

WHO THIS COURSE IS FOR:
• Augmented Reality Geeks
• Anyone who wants to Know what is Augmented Reality
• Anyone who wants to start playing with Augmented Reality at home without advance equipment

COURSE SYLLIBUS

  1. Introduction & Getting Started
    a. Introduction of course & Taaruf Session
    b. Overview of Augmented Reality
    c. How Augmented Reality Work
    d. Types of Augmented Reality
    e. Examples of Augmented Reality: A Merge Cube
  2. Create AR Cube At Home
    a. Prepare Merge Cube
    b. Downloading the Apps and Playing in Augmented Reality
  3. Creating Your Augmented Reality Experience with Metaverse
    a. Introduction to Metaverse (what & Why)
    b. Examples of project from Metaverse
    c. Register Multiverse and metaverse apps installation (for experience view)
    d. Introduction to Multiverse Interface (Studio Basic)
    i. Dashboard Page
    ii. Experience Storyboard
    iii. Publishing Experience
    e. Detail Process in Metaverse
    i. Character scenes
    ii. Text Input Scenes
    iii. AR Portals & 360 scenes
    iv. Media Walls
    v. Poll Scenes
    vi. Using Digital Items
    vii. Webview Scenes
    viii. Camera Scenes & Camera Frames)
    ix. Youtube Scenes
    x. Probability Blocks
    xi. Create a Leaderboard
    xii. Property Blocks
    xiii. Google Vision Blocks
    xiv. Timer controls
    xv. Adding a gps location
  4. Creating Your Augmented Reality Experience with Metaverse – continue
    a. Create a Multiple Choice Question (Simple Trivia)
    b. Create a free response Question
    c. Create a Selfie Photo wall
    d. Create a AR Portal

Nur Muizz Mohamed Salleh
Metaverse Trainer
wasap.my/60189899072


Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Semoga korang yang baca artikel ni sihat selalu. Hah artikel yang ingin kami kongsi kepada korang ni mungkin ada yang ramai tidak tahu. Korang semua tahu tak dunia kita ni dah masuk ke ambang revolusi yang semakin meningkat dan berkembang? Jangan risau, kalau ada yang masih belum tahu, meh kami kongsikan sedikit maklumat kepada uols mengenai serba sedikit maklumat mengenai salah satu teknologi yang telah berkembang di negara kita ini, iaitu tekonologi Realiti maya (VR).

Ramai orang melihat teknologi VR sebagai satu platform untuk dunia sebenar. Ada yang berpendapat bahawa VR ialah satu perkara yang baharu dan canggih bagi perkakasan komputer. Ada pula yang berpandangan bahawa sistem VR perlu ada perisian keras, seperti head mounted display, feedback glove, full body suit dan lain-lain. Tetapi sebenarnya teknologi Realiti Maya atau Virtual Reality (VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fon kepala.

Virtual Reality/ dicipta oleh Jaron Lanier pada tahun 1989. Lanier merupakan salah seorang peneroka dalam bidang ini, menubuhkan syarikat VPL Research (daripada “Virtual Programming Languages”) yang mencipta sebahagian sistem pertama pada tahun 1980.

Kenapa Realiti Maya?

Kita mungkin merasakan ia memerlukan usaha yang banyak, tapi memang pun! Tapi kenapa ramai yang ingin mencipta teknologi ini? Kerana banyaknya kemudahan dan manfaat yang disumbangkan dalam industri hiburan adalah nyata. Cuba bayangkan filem dan game komputer dalam VR? haaa pasti boleh memberikan pengalaman yang baharu kepada pengguna kan? Kita pun pasti akan rasa teruja dan seronok untuk mencuba sesuatu yang baharu dan menyeronokkan.

Selain daripada dunia hiburan, teknologi VR ini juga boleh menyumbang dalam pelbagai jenis bidang yang lain seperti:

  1. AUTOMOTIF

​Industri automotif adalah satu bidang teknologi yang semakin berkembang dalam bidang pembuatan kereta dan dapat memberi manfaat juga keuntungan untuk ekonomi Malaysia, berbanding dengan industri lain dalam sektor pembuatan di Malaysia. Jadi, industri automotif ini telah ditugaskan untuk meningkatkan proses pengindustrian supaya Malaysia berjaya menjadi sebuah negara maju pada tahun yang akan datang. Dengan adanya platform yang baharu ini, industri automotif dapat menggunakan teknologi VR dan model 3D pada fasa berlainan seperti industri lain di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2007, syarikat Proton dari Malaysia telah menubuhkan pusat VR sendiri supaya dapat digunakan dalam mereka, menyemak dan menyelesaikan masalah, serta memasang. Penubuhan pusat VR ini dapat memudahkan proses pembuatan kereta. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan kualiti kereta dan juga reputasi syarikat dalam negara.

2. SUKAN

Realiti Maya (VR) semakin digunakan dalam industri sukan untuk mencipta pengalaman baru untuk penonton. Peranti VR yang digunakan dalam industri permainan diaktifkan dengan perisian interaktif dan perkakasan. Permainan VR boleh dirasai atau dikendalikan oleh pergerakan badan. Oleh itu, pengguna, dengan headset realiti maya boleh bergerak di sekitar dunia bukan realiti. Contohnya, Permainan interaktif dalam arena atau stadium juga boleh membuat korang berasa seolah-olah korang sedang berada di tengah tengah stadium walaupun secara maya bukannya realiti. Di samping itu, ia sangat membantu korang yang kurang berasa yakin untuk bermain sesuatu permainan untuk berlatih dengan hanya menggunakan peralatan yang disediakan pada VR itu sendiri.

3. PERUBATAN

Pada bidang perubatan pula, VR juga sangat inovatif, VR dapat menarik minat bakal doktor menceburi pengkhususan dalam kepakaran bedah dan juga bidang perubatan yang lain. Dalam kita kurang sedar mengenai perkembangan yang telah berlaku di era ini, sebenarnya penjagaan kesihatan ini adalah salah satu penggunaan terbesar VR yang merangkumi simulasi pembedahan, rawatan fobia, pembedahan robotik dan latihan kemahiran. Teknologi ini juga membantu membenarkan seseorang yang profesional dalam penjagaan kesihatan mempelajari kemahiran baru serta memantapkan pengetahuan yang sedia ada dalam satu persekitaran yang selamat tanpa mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi . Kini, teknologi VR juga popular digunakan dalam surgeri robotik. Ini ialah satu pembedahan yang dijalankan dengan menggunakan kaedah robotik. Di sinilah pembedahan dilakukan melalui alat robot – dikawal oleh pakar bedah manusia, yang mengurangkan masa dan risiko komplikasi

4. SENI

Di dalam dunia VR, korang semua bebas melakukan apapun tanpa mempengaruhi lingkungan di dunia nyata. Hingga kini terlahir pelbagai aplikasi seni VR yang memberikan kebebasan berekspresi dan berkreasi sesuai dengan keinginan tanpa batasan. Seni merupakan sebuah imaginasi yang diciptakan oleh manusia dengan kreatif untuk menggambarkan sesuatu yang terlintas dari manusia itu sendiri. Teknologi VR memudahkan pengguna untuk bebas mengekspresikan diri dalam membuat karya seni. Berikut merupakan contoh aplikasi seni VR berikut yang mungkin belum kamu ketahui sebelumnya.

i. Masterpiece VR

Masterpiece VR adalah alat kreasi seni 3D yang menawarkan banyak bentuk baru yang tidak dimiliki alat VR lain, seperti antarmuka multi-pengguna. Aplikasi ini membolehkan korang untuk menggunakan lebih dari 20 alat dan dapat bekerja secara kolaboratif dengan 3 orang rakan. MasterpieceVR juga memberikan kemampuan untuk menggunakannya dalam mode paparan dekstop saat berada dalam VR, membenarkan korang untuk menonton gambar atau video di dekstop lain untuk rujukan. korang juga boleh membuat karya bersama rakan dengan menggunakan Master Piece VR ini.

5. PEMBELAJARAN

Pendidikan juga adalah satu lagi bidang trend yang mengamalkan realiti maya untuk situasi pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan ini membolehkan kumpulan besar pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan juga dalam persekitaran tiga dimensi. Revolusi teknologi membolehkan pendekatan baru digunakan dalam proses P&P. Ia juga menawarkan persekitaran komputer dalam bentuk 3D serta sistem interaksi yang lebih efektif, dan meningkatkan motivasi kepada proses pembelajaran.

6. PENERBANGAN

Dalam bidang lain seperti penerbangan, Sebelum menerbangkan pesawat, juruterbang baharu akan di latih sebelum dibenarkan untuk menerbangkan sebuah AirBus atau Boeing dan mereka diwajibkan menjalani latihan dan peperiksaan simulasi.  Tahap penggunaan aplikasi VR dalam sektor penerbangan telah membuktikan banyak kejayaan. Ia telah meningkatkan produktiviti dan kualiti sesuatu produk yang hendak dihasilkan. Ini kerana ia dapat menghasilkan gambaran yang hampir benar mengenai sesuatu produk yang hendak dicipta. Sebagai contoh, pesawat termoden Boeing dibuat secara terus berdasarkan lukisan dan gambar tiga dimensi (3D) realiti maya yang dicipta melalui komputer. Dengan ini masa dan proses pembuatan boleh dijimatkan dan kualiti serta ketepatan sesuatu produk yang dihasilkan itu dapat dijustifikasi dengan cekap.

Kebaikan Sistem Realiti Maya

Terdapat banyak jenis sistem realiti maya diluar sana tetapi semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti kebolehan membenarkan pengguna untuk melihat objek 3 dimensi dan berinteraksi dengannya. Lebih lebih lagi, premium VR pada masa ini mampu, mendalam, selesa dan semakin berpatutan.

Selain itu, alam maya ini seharusnya memberikan tindak balas serta merta, sebaik sahaja pengguna berinteraksi dengan sekitar mereka. Masalah akan berlaku sekiranya tindak balas tidak serentak dengan pergerakan pengguna, ia akan mengganggu pengalaman pengguna tersebut.

KESIMPULAN

Realiti maya adalah salah satu usaha untuk mendatangkan alam maya kepada pengguna dimana mereka boleh berinteraksi secara spontan dengan objek maya tersebut. Penggunaan teknologi Virtual Reality dalam dunia pendidikan adalah suatu usaha yang sedang dilakukan oleh banyak negara di dunia sejak munculnya gerakan revolusi industri 4.0.

Semoga tips ini dapat membantu korang. Jangan lupa share ya.

Nur Muizz Mohamed Salleh
Metaverse Trainer
wasap.my/60189899072