Beberapa hari sebelum menjelang musim peperiksaan, oleh itu, kami dari pihak PMFSTM ingin mengingatkan kepada semua warga kuis beberapa perkara yang perlu dilakukan sepanjang musim peperiksaan.
Kekemasan Diri
Bagi Muslimin diingatkan untuk menjaga kekemasan diri, dengan memakai pakaian mengikut peraturan kuis. Tidak dilupakan juga rambut pun perlu dipotong.
Bagi Muslimat diingatkan juga supaya menjaga kekemasan berpakaian dan mengikut kesesuaian yang telah ditetapkan oleh pihak kuis, dimana tudung hendak la menutup aurat dan tidak berpakaian ketat serta jarang.
Masa
Dinasihatkan kepada semua pelajar untuk datang awal ke dewan peperiksaan untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang tidak diingini.
Kad Matrik dan Slip exam
Diingatkan juga kepada semua warga Kuis supaya memakai kad matrik dan membawa slip exam untuk mengelakkan dari perkara yang tidak di ingini, takut nanti ada yang kena patah balik marhalah. Sia-sia je masa yang ada.
Nama Pensyarah
Sila double-check nama penuh pensyarah anda bagi setiap subjek untuk mengelakkan dari terlupa atau tersalah eja di atas kertas peperiksaan. Ingat nama pensyarah penting ye.
Nota-nota
Untuk semua warga Fstm, pihak *PMFSTM* juga ada menyediakan kotak khas untuk kalian semua, untuk meletakkan nota2 yang tidak digunakan lagi di dalam kotak di sedia. Hal ini adalah untuk mengelakkan dari nota2 bersepah di sekitar PKK atau DPU. Seperti mana kita sering diingatkan bahawa ilmu itu perlu di hormati.
Pensil 2B
Untuk semua warga Kuis juga diingatkan untuk membawa Pensil 2B untuk menghitamkan kertas jawapan OMR anda dan tidak dibenarkan sama sekali untuk menanda menggunakan pen. Jika terlupa, anda boleh meminta pensil kepada penjaga peperiksaan untuk pensil 2B.
Semoga berjaya semua dan All the best 😃