Heyy.. Wassup guys! Hari ini kitaorang nak bagi tahu pasal 3 aplikasi muzik yang paling terbaik. Stay tuned!

Dasarwarsa ini, anak muda gemar untuk mendengar lagu sebagai hiburan harian mereka sebagai contoh, mendengar lagu ketika belajar, mengemas dan melakukan aktiviti luar. (Ehh, terformal plak ayat. Hihi…)

Fyi, korang sedar tak kalau kita selalu streaming lagu akan mengakibatkan penggunaan kuota internet berlebihan. Sebab tu, kita selalu berlebihan dalam perbelanjaan pembelian internet dan boleh mengakibatkan pembaziran.”Pembaziran itu kan amalan syaiton!”

Selain mendengar juga, kita kan suka cari kualiti streaming yang terbaik untuk sedap didengar. Melalui aplikasi lagu, kita tak payah susah tercari-cari lagu yang sedang trending di carta muzik terkini, ini kerana aplikasi lagu telah memberi “suggestion” dalam senarai lagu.

So, dengan baik hatinya kami nak menyenaraikan 3 aplikasi lagu terbaik.

  1. JOOX

Joox dilancarkan di Malaysia pada tahun 2015 yang berhasil menjadi aplikasi muzik yang terbaik di Malaysia.

Joox menyediakan senarai koleksi lagu yang lengkap daripada artis dan genre dari seluruh dunia. Joox juga menyediakan filter top chart dan new release supaya pengguna sentiasa update tentang lagu terbaru.

Selain mendengar lagu, pengguna juga boleh menyanyi mengikut lirik lagu kerana Joox juga menyediakan lirik yang lengkap mengikut lagu yang dipasang.

2. Spotify

Tidak kurang hebatnya seperti Joox, Spotify juga merupakan platform muzik digital, podcast & video yang menyediakan akses ke jutaan lagu dari artis seluruh dunia.

Spotify juga pemutar muzik yang tidak berbayar, tetapi pengguna boleh untuk mengupgrade ke spotify premium.

search modifier

Jika pengguna ingin mencari lagu yang disukai, pengguna boleh menggunakan search modifier

3. Apple Music

Walaupun dikenali sebagai pesaing Android, Apple juga menyediakan aplikasi lagu tersendiri.

Apple music mempunyai lebih dari 40 juta lagu yang boleh pengguna dengar secara online atau offline. Fyi, Apple Music ini hanya available untuk iOS sahaja tau. Siapa2 yang pakai android tu, jangan pulak berangan nak guna Apple Music ni ye. Hihi…

Kesimpulannya…

Setiap aplikasi lagu ada banyak kelebihan tersendiri. Jadi, ikut kesesuaian uolls la ye. Sebelum kitaorang akhiri kalam ini, rajinkanlah tengok video yang kitaorang letak dekat bawah ni. okay bye…