Assalammualaikum dan Hi semua, harap semuanya sihat-sihat sahaja

 

Tajuk yang ingin kami ulaskan untuk post ini berkenaan Jenis-jenis Kamera shot dalam Videografi/Filem.

 

Kamera shot?Apa itu kamera shot? Kamera shot berfungsi untuk memberi impak kepada sesuatu filem itu dengan shot-shot yang menarik yang mampu membuatkan penonton fokus sesuatu filem itu sama ada cerita sedih,aksi,sains fiksyen,atau seram.Sebelum memulakan penggambaran Jurukamera akan merujuk storyboard untuk memudahkan mereka mengambil shot-shot yang ditetapkan di dalam storyboard.Shot-shot macam mana yang mereka tangkap tu?Ya,disini kami akan menerangkan jenis-jenis kamera shot di dalam Videografi anda sudah bersedia

3…..2…..1

  • Extreme Wide Shot (EWS)

Extreme wide shot adalah shot yang digunakan untuk menunjukkan lokasi subjek berada.

Shot ini sering diguna untuk menunjukkan di mana lokasi subjek berada tetapi tidak menunjukkan subjek itu sendiri.

 

  • Very Wide Shot

Very Wide Shot merupakan jenis shot sangat luas, namun secara visual ia sudah lebih ke dalam dan sudah nampak sedikit subjek jika dibandingkan dengan Extreme wide shot.

Shot ini sudah menampakkan sedikit subjek tetapi belum ada penekanan kerana shot ini masih dalam rangka membangun suasana subjek filem berada.

 

  • Mid Shot

Mid Shot atau boleh disebut juga sebagai Medium Shot merupakan shot yang menunjukkan beberapa bahagian dari subjek secara lebih terperinci, bahagian shot ini akan diambil pada bahagian pinggang ke kepala.

Shot ini boleh digunakan saat subjek bercakap untuk memberi info,atau subjek ternampak sesuatu yang musykil dan terus menuju ke tempat itu.

 

  • Medium Close Up

Medium Close Up merupakan shot yang menunjukkan wajah subjek dengan jelas, ukuran shot diambil pada bahagian dada hingga kepala.

Shot ini menampakkan lebih ekspresi wajah subjek.

 

  • Close Up (CU)

Shot Close Up digunakan untuk menunjukkan emosi subjek dengan lebih detail,Shot ini biasanya mengambil bahagian kepala sahaja.

Pengambilan filem dengan shot close up dapat digunakan untuk merakam ekspresi wajah subjek dengan lebih mendalam, sehingga penonton dapat turut merasakan emosi yang disampaikan oleh subjek.

 

  • Extreme Close Up (ECU)

Extreme Close Up merupakan shot yang menunjukkan wajah subjek dengan lebih dekat seperti mata, hidung, atau telinga.

Shot ini kerap dilakukan di dalam filem bergenre seram atau thriller, shot ini akan menunjukkan subjek di dalam ketakutan atau gelisah.

 

  • Two Shot

Two Shot merupakan shot yang menunjukkan dua subjek dalam satu frame kamera.

Shot ini sering digunakan ketika dua subjek adalah kawan baik atau musuh satu sama lain untuk filem bergenre aksi.

 

  • Over The Shoulder

Over the Shoulder Shot adalah shot yang dilakukan untuk dua subjek sama seperti two shot tetapi pengambilan shot dilakukan dari belakang bahu salah satu subjek.

Shot ini biasa digunakan dalam percakapan di antara dua subjek.

 

  • Point Of View (POV)

Point-of-view shot adalah shot yang menunjukkan sudut pandangan dari mata subjek.Kamera akan menjadi mata pemerhatian subjek dan tidak akan menunjuk kepala dan muka subjek.

 

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=r9I96aTbwFE&w=560&h=315]

Point Of View shot ini tidak memerlukan kerja jurukamera sebaliknya ia boleh digunakan untuk subjek untuk menjayakan sesebuah filem itu.

 

Jadi, shot seperti yang dinyatakan sangat penting dan menjadi antara shot yang wajib dalam sesuatu filem atau video. Ini kerana shot-shot ini dapat meningkatkan kualiti filem dan mempelbagaikan teknik-teknik dalam penghasilan filem dan video.

 

Terdapat pelbagai lagi jenis-jenis shot yang anda boleh hasilkan sama ada mengikut teknik yang sedia ada ataupun mengikut kreativiti anda sendiri untuk meningkatkan lagi  mutu dalam setiap filem atau video yang anda hasilkan.

 

 

Ditulis oleh : Muhammad Hanafi Bin Hashim & Muhamad Emir Ukasyah Bin Azizul