Hai, pernahkah anda menggunakan Touch n Go eWallet sebelum ni?. Tertanya – tanya apakah antara manfaatnya kepada diri anda dan bagaimana cara untuk menggunakan Touch n Go eWallet?. Kini anda tidak perlu risau, dengan adanya Touch n Go eWallet, kehidupan anda akan menjadi lebih mudah.

Antara 4 kelebihan Touch n Go eWallet

Shell Petrol Pam

Secara keseluruhannya, rakyat Malaysia banyak menggunakan petrol pam untuk mengisi minyak dalam kenderaaan mereka untuk melakukan urusan harian dan lain – lain. Mula – mula sekali, anda perlu mengakses maklumat lokasi anda dan buat transaksi dalam kenderaan anda terus. Terdapat perkara penting yang perlu anda tahu, antaranya adalah :

  • Pilih amaun yang ingin anda isi
  • Pilih nombor pam
  • Masukkan nombor pin

 Seterusnya anda boleh mengisi minyak seperti biasa.. selamat mencuba

TGV Cinema

TGV Cinema merupakan antara syarikat panggung wayang yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia masa kini, jadi Touch n Go e-Wallet tidak ketinggalan dalam berkolaborasi bersama syarikat ini. Dengan ini, kini anda juga boleh membeli tiket wayang dari TGV Cinema dengan hanya menggunakan wang elektronik yang ada didalam akaun Touch n Go e-Wallet anda. Langkah yang perlu anda lakukan dalam menggunakan Touch n Go eWallet adalah untuk membeli tiket:

  • Sign up dan boleh juga tambah nilai terus
  • Pergi ke kaunter TGV dan beritahu yang anda ingin membeli tiket movie dengan menggunakan Touch n Go eWallet
  • Seterusnya pada bahagian bayaran akan ada orang di kaunter yang akan scan barcode

Mudah sahaja kan? selepas selesai urusan bayaran, anda boleh tengok wayang dengan gembira tanpa sebarang masalah

App Store

Sekarang kan zaman game telephone bimbit.. korang mesti biasa dengar punyalah.. contoh macam, Mobile Legend, PUBG, ada juga yang masih main Clash of Clan, macam – macam jenis game ada sekarang.. dan semua game ini menawarkan pembelian pembelian untuk pemain menaik tarafkan akaun game mereka. So bila adanya game game yang macam ni, sesetengah pemain sanggup menghabiskan duit mereka untuk merasai permainan yang lebih menarik. Akan tetapi, masalah yang sering timbul adalah, sesetengah pengguna aplikasi app store menghadapi kesukaran untuk membuat pembelian di dalam aplikasi tersebut dengan menggunakan line telekomunikasi yang sedang mereka gunakan. Jadi Touch n Go eWallet dapat menjadi alternatif lain sekiranya perkara sedemikian berlaku.

Tea Live

Tipu sangat kalau korang tak pernah dengar kedai air ni.. dah viral kot. alah air teh dengan bebola hitam (Black Pearl) tu.. dah jadi satu trending di mana orang mencari kedai pearl tea ni.. so apa yang uniknya Tea Live ni, sekarang korang dah boleh buat bayaran just dengan scan QR code Touch n Go eWallet sahaja, dengan hanya penolakan dari baki duit korang dalam apps tu. So untuk mengelakkan beratur yang panjang giler, kita sebagai pengguna boleh mengamalkan penggunaan apps ini untuk menjimatkan masa pelanggan dan pekerja dalam urusan pembayaran.

Sebenarnya masih terdapat pelbagai lagi manfaat daripada penggunaan aplikasi ini dan ianya sudah menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat Malaysia. Jadi, jika anda ingin merasai kesemua kelebihan ini,  tunggu apa lagi downloadlah aplikasi ini SEKARANG !!