Mengapa Anda Perlu Beralih Kepada Telegram Messenger

 

Telegram ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Nikolai dan Pavel Durov (pengasas VK). Dalam masa 2 tahun setengah telegram telah dimuat turun dan lebih daripada 100 juta pengguna aktif meggunakan telegram setiap hari. Berikut merupakan antara faktor menarik yang perlu anda pertimbangkan untuk beralih kepada telegram messenger:

1. Lebih Privacy – Penggunaan Username

Telegram Messenger tidak menggunakan nombor telefon sebagai ID. Malahan, menggunakan username untuk menggantikan nombor telefon. Jadi, pengguna lain yang asing tidak boleh tahu nombor telefon kita.

2. Ada Passcode dan Touch ID

Fungsi ini tidak terdapat di mana-mana apps messenger yang lain. Passcode dan Touch ID merupakan sistem sekuriti yang cukup ‘ohsem’ untuk individu yang suka berahsia seperti anda 😛 Ini menjadikan Telegram Messenger lebih ‘privacy’ daripada apps messenger lain.

3. File Transfer Yang Efektif

Berbanding dengan apps messenger yang lain seperti Whatsapp, menggunakan Telegram Messenger, anda boleh attach file, gambar atau video yang bersaiz besar tanpa perlu menjejaskan kualiti gambar atau video tersebut. Anda juga boleh upload gambar atau video dalam skala yang besar.

4. Night Mode

Bila kita terlalu terdedah dengan cahaya yang kuat di waktu malam, mata kita akan cepat rosak. Fungsi Nightmode ini serba sedikit boleh mengurangkan risiko mata silau atau rosak. Jadi, kadar ‘mata rosak’ di Malaysia akan semakin berkurang.

5. Cloud Storage

Telegram mempunyai ‘Cloud Storage’. Semua mesej anda, fail media & dokumen akan disimpan di storage mereka. Anda boleh log keluar dan log masuk beberapa kali dari sebarang peranti pada masa yang sama tanpa kehilangan apa-apa data, anda tidak perlu bimbang untuk Backup & Restore. Anda boleh melihat sesi aktif dan melihat peranti mana yang anda log masuk sekarang. Anda boleh memuat turun sebarang file pada bila-bila masa di mana sahaja.