Videografi telah menjadi salah satu industri yang trending pada masa kini di dalam pelbagai perkara. Ia sering digunakan sebagai tujuan pemasaran dan pengenalan terhadap sesuatu produk, servis dan lain-lain lagi. Selain itu, penggunaan servis videografi di hari perkahwinan juga semakin menjadi perkara yang wajib bagi setiap pasangan pengantin baru di Malaysia. Tambahan pula, penyampaian mesej tertentu juga amat berkesan melalui media yang berbentuk video. Hal ini menunjukkan, ianya telah menjadi suatu bentuk media yang paling berpengaruh pada masa kini. Ini adalah disebabkan video merupakan suatu elemen yang sangat diminati masyarakat. Tambahan pula, ia akan menjadi perhatian seluruh masyarakat terutama warga netizen jika isi kandungannya berunsur budaya dan bualan yang sangat dekat dengan kehidupan masyarakat.

Berikut merupakan statistik yang dikeluarkan oleh Globalwebindex berkenaan carta penggunaan media sosial oleh masyarakat di Malaysia :

Statistik berikut menunjukkan platform utama bagi penyebaran video iaitu Youtube berada di tempat ke-2 di antara semua media sosial yang digunapakai oleh masyarakat Malaysia. Ini menunjukkan video telah menjadi suatu bentuk media yang sering digunakan oleh masyarakat . Namun, video juga telah banyak menembusi beberapa bentuk media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram dan keduanya berada pada kelompok empat teratas di alam carta statistik tersebut. Maka tidak syak lagi video merupakan suatu bentuk media yang sangat berpengaruh terhadap masyarakat Malaysia.

Oleh yang demikian, telah terbukti bahawa bidang videografi merupakan suatu industri yang sangat berkuasa pada masa kini. Hal ini kerana, video-video yang berkenaan adalah dihasilkan oleh golongan-golongan pengusaha yang berkecimpung dalam industri videografi. Terdapat beberapa syarikat produksi videografi yang terkemuka di Malaysia seperti Cocombee Studio, Mr The All Shared Production, CST Production dan banyak lagi. Mereka telah membuktikan bahawa video merupakan suatu bentuk media yang bukan sahaja mampu memberi peluang untuk menjana pendapatan, namun ianya juga merupakan suatu platform yang sangat baik di dalam menyampaikan mesej tertentu kepada masyarakat. Ini dibuktikan dengan pencapaian viewers yang mereka perolehi melalui video-video yang mereka telah hasilkan sehingga mencapai berjuta-juta penonton di seluruh platform media sosial yang berkenaan. Seperti Cocombee Studio, mereka telah mewujudkan satu konsep pemasaran produk dan servis tertentu melalui bentuk filem pendek yang mengandungi unsur dakwah kepada masyarakat di samping memperkenalkan produk atau servis yang berkenaan. MTAS Production juga melakukan perkara yang sama namun sedikit berbeza dari segi cara dan intipati filem pendeknya. Dan ianya terbukti berhasil dengan melihat pada perolehan viewers pada video mereka yang menunjukkan media berbentuk sebegitu bukan sahaja mampu menjana pendapatan bahkan mampu menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Secara kesimpulannya, videografi adalah suatu industri yang sangat baik untuk diceburi oleh masyarakat terutama golongan muda yang mungkin ianya boleh menjadi suatu karier yang baik buat mereka di samping mampu memanfaatkannya pada jalan dakwah seiring dengan penjanaan pendapatan bagi melayari kehidupan pada zaman kini yang penuh dengan cabaran secara fizikal mahupun mental.

Oleh MUHAMMAD NUR SYAFIQ BIN SHAMSHUL BAKHRI
Juruvideo rasmi di SolemnShot Production
IG @syafiqshams