4IR ini diasaskan oleh Professor Klaus Schwab yang merupakan pengerusi Eksekutif Forum Ekonomi Dunia yang kemudiannya dijadikan sebuah buku.

Schwab melihat revolusi ini sebahagian daripada “Penemuan Teknologi Baru” dalam bidang seperti robotic, automotif, pengkomputeran kuantum dan nano teknologi. Gelombang revolusi ini dijangka akan menyaksikan pelaksanaan beberapa teknologi baru yang lain.

 

Peringkat-peringkat Revolusi Perindustrian

 

  1. Peringkat Pertama

Revolusi ini berlaku dari abad ke- 18 hingga ke- 19 (1760-1830) di Eropah dan Amerika.  Ia adalah tempoh apabila kebanyakan petanian dan masyarakat luar bandar menjadi industri dan bandar. Industri besi dan tekstil, bersama-sama dengan pembangunan enjin stim, memainkan peranan utama dalam revolusi perindustrian. Industri 1.0 ini adalah dimana kuasa wap digunakan pada kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang berupaya untuk menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah steam engine yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian.

 

  1. Peringkat Kedua

Peringkat ini dikenali sebagai revolusi teknologi yang berlaku di antara tahun 1870 dan 1914 sebelum perang dunia I dimana ianya menggunakan kuasa elektrik. Ia merupakan tempoh perkembangan bagi industri keluli, minyak dan elektrik, dan penggunaan kuasa elektrik untuk menghasilkan pengeluaran produk secara besar-besaran. Kemajuan teknologi utama dalam tempoh ini termasuk telefon, mentol, lampu dan enjin pembakaran dalaman.

 

  1. Peringkat Ketiga

Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan komputer‎ dan teknologi maklumat juga dikenali sebagai revolusi digital. Dimana berlakunya peralihan teknologi elektronik  mekanikal dan analog ke eletronik digital yang bermula dari akhir 1950-an sehingga akhir tahun 1970-an dengan penggunaan dan penambahan komputer digital dan penyimpanan rekod digital yang berterusan sehingga hari ini. Kemajuan semasa revolusi ini termasuklah komputer peribadi, internet, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).   Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.

 

  1. Peringkat Keempat

Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Dikenali sebagai industri 4.0 adalah nama untuk trend masa kini yang melibatkan automasi dan penukaran data dalam teknologi pembuatan. Revolusi ini mewakili cara baru di mana teknologi telah tertanam di dalam masyarakat. Industri 4.0 ini juga adalah tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya.

Revolusi ini menandakan kemunculan sistem fizikal siber melibatkan keupayaan baharu sepenuhnya bagi manusia, mesin dan kaedah baharu teknologi. Dengan kata lain, teknologi automasi itu dilihat sebagai keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Industri 4.0 juga dapat mengatasi masalah kebergantungan terhadap sumber tenaga yang secara signifikan akan mengubah masa depan dunia pekerjaan.

Di dalam bukunya Professor Klaus Schwab menggambarkan bagaimana revolusi keempat ini secara asasnya berbeza daripada tiga revolusi yang terdahulu, yang ciri utamanya adalah kemajuan teknologi. Teknologi ini berpontesi besar untuk terus menyambungkan berbilion orang ke web dan meningkat kecekapan perniagaan dan organisasi secara drastik di samping membantu membangunkan semula persekitaran semula jadi melalui pengurusan aset yang lebih baik.

 

By : Laila & Nisa