VERSI UPDATE – NOTIS PEMAKLUMAN PENDAFTARAN KELUAR KOLEJ KEDIAMAN KUIS (CHECK OUT) PELAJAR SESI II-2017/2018 BAGI TARIKH 29 – 31 MAC 2018

1. Tarikh Pendaftaran Keluar Kolej Kediaman (Check-Out)

Tarikh Mula : 29 MAC 2018 (KHAMIS)
Tarikh Akhir : 31 MAC 2018 SABTU)

*LOKASI PEMULANGAN KUNCI – SURAU SISWA SBI*

TARIKH DAN MASA
*29 MAC 2018 (KHAMIS)*
9.00 PAGI – 12.30 TENGAH HARI
2.30 PETANG – 5.00 PETANG

*30 MAC 2018(JUMAAT)*
9.00 PAGI – 12.15 TENGAH HARI
3.00 PTG – 5.00 PETANG

*31 MAC 2018 (SABTU)*
9.00 PAGI – 2.00 PETANG

*12.30 – 2.30 waktu rehat (KHAMIS)
*12.15 – 3.00 waktu rehat (JUMAAT)

2. Semasa proses pemulangan kunci, pelajar hanya perlu membawa BORANG DAFTAR KELUAR yang diMUATURUN dari myLMS, KAD MATRIK DAN KUNCI ASAL SAHAJA. Pelajar TIDAK DIBENARKAN sama sekali memulangkan kunci kawan lain.

3. Pelajar hendaklah BERPAKAIAN SOPAN DAN MENUTUP AURAT.

4. Pelajar yang ingin menetap di kolej kediaman pada cuti semester hendaklah mengisi BORANG PERMOHONAN MENDUDUKI KOLEJ KEDIAMAN PADA CUTI SEMESTER SESI II/2017-2018 di https://goo.gl/sLu5tp.

5. Pelajar yang memulangkan kunci *SELEPAS 31 MAC 2018* tanpa alasan yang munasabah akan dikenakan sewa harian mengikut jenis bilik yang dihuni oleh pelajar sehingga kunci dipulangkan.

6. KOMPAUN akan dikenakan pada setiap pelajar sekiranya menghilangkan kunci ATAU bilik yang ditinggalkan dalam keadaan kotor, bersepah ATAU tidak mengikut susun atur yang ditetapkan ATAU gagal membuat urusan pendaftaran keluar kolej kediaman (check out).

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.
Pengurus BKPM
28 MAC 2018

SOAL JAWAB (Q&A) PROSES CHECK OUT KOLEJ KEDIAMAN KUIS SESI II 2017/2018

Merujuk kepada BUKU PERATURAN TATATERTIB DAN TARBIYYAH PELAJAR KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) (PINDAAN 2011):
Perkara 32 (1): Semua pelajar hendaklah mendaftar masuk dan mendaftar keluar pada setiap semester.
Perkara 32 (3): Semua pelajar yang mendafatr keluar hendaklah mengosongkan bilik dengan membawa pulang barangan peribadi.

———————————-

1) Q: Saya nak check out, apa yang saya perlu buat?
A: Isi online borang TEMPAHAN MASA PROSES DAFTAR KELUAR (CHECK OUT) di bit.ly/hostelkuis1. Sila pastikan isi borang 3 HARI SEBELUM TARIKH & MASA TEMPAHAN check out.

2) Q: Adakah saya perlu print borang tempahan masa daftar keluar (check out) tu?
A: TAK PERLU PRINT. Yang perlu print adalah borang DAFTAR KELUAR (CHECK OUT). Boleh download borang dan print di sini https://goo.gl/t1qnyv dan ISI SEMUA BAHAGIAN. Borang tersebut perlu ada bersama masa nak check out nanti. Sila serahkan borang tersebut pada staf yang bertugas yang datang ke bilik anda.

3) Q: Pada masa yang saya dah tempah tu, saya perlu ke pejabat BKPM kah untuk check out?
A: TAK PERLU. Anda hanya perlu tunggu di bilik sahaja. Akan ada staf bertugas yang akan naik ke bilik anda untuk urusan check out kan anda dari asrama. Beliau akan semak perabot anda dan kebersihan bilik anda dan anda perlu SERAH KUNCI bilik anda.

4) Q: Perabot saya ada yang rosak (contoh: katil patah, tombol rosak dll), apa yang saya perlu buat sebelum saya check out?
A: Sila pastikan anda buat e-aduan perabot yang rosak sebelum anda check out. Sila buat e aduan di http://lms.kuis.edu.my/aduan/home.php.

5) Q: Adakah saya perlu check out bersama kesemua ahli rumah secara berjemaah?
A: TAK PERLU. Pelajar check out untuk diri sendiri sahaja. Bermaksud, setiap pelajar perlu isi borang TEMPAHAN MASA PROSES DAFTAR KELUAR (CHECK OUT) dan pilih tarikh dan masa sendiri untuk check out TANPA TERIKAT dengan roommate/housemate yang lain.

6) Q: Adakah semua roommate/housemate saya perlu ada di rumah ketika saya hendak check out?
A: TAK PERLU. Hanya anda sahaja yang WAJIB ada/available di bilik ketika waktu tempahan untuk anda check out.

7) Q: Untuk isi online borang *TEMPAHAN MASA PROSES DAFTAR KELUAR (CHECK OUT), semua orang perlu isikah? Boleh tak saya wakilkan roommate/housemate untuk isikan?*
A: TAK BOLEH. Setiap pelajar perlu isi sendiri.

8) Q: Saya ada exam petang Isnin dan akan balik kampung dengan bas malam tu juga. Saya habis exam dalam jam 5.30 petang dan pejabat telah tutup masa tu untuk saya buat proses check out. So, bila saya boleh check out?
A: Anda boleh check out pagi Isnin tersebut sebelum anda menduduki exam petang tu.

9) Q: Bagaimana kalau saya dah buat proses check out, tapi saya masih berada/tinggal di asrama?
A: Kawasan asrama adalah merupakan KAWASAN LARANGAN bagi pelajar-pelajar yang dah check out dari asrama. Jika pelajar didapati masih berada di asrama, pelajar boleh di charge atas kesalahan squatting/menceroboh dan boleh dikenakan denda maksimum RM200.

10) Q: Saya habis exam petang Jumaat 30hb jam 5.30 petang, dan akan balik kampung pagi Sabtu 31hb. Jika saya check out 31hb tu, saya akan dikenakan extra charge ke?
A: Pelajar TIDAK AKAN DIKENAKAN EXTRA CHARGE jika check out pada hari Sabtu 31hb dengan alasan yang kukuh/munasabah beserta bukti (contoh: jadual exam, flight/bus ticket dll)

11) Q: Saya ada program di KUIS selepas habis final exam pada Isnin 2 April, so apa yang saya perlu buat?
A: Pelajar perlu download, print dan isi borang MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN KETIKA CUTI SEMESTER (31 Mac – 27 Mei 2018) di https://goo.gl/sLu5tp.

12) Q: Apa kesan jika saya tidak melakukan proses check out?
A: Pelajar boleh di charge atas kesalahan TIDAK MENDAFTAR KELUAR dan boleh dikenakan denda RM90.

Pejabat
Bahagian Kediaman & Penempatan Mahasiswa (BKPM)
22 Mac 2018 | 12.10pm

Rujukan: Kolej Kediaman KUIS