Assalamualaikum. Ahlan Wa Sahlan. Terima kasih sebab baca blog kami ni. “OK”, sekarangkan musim raya, mesti pembaca semua post-post gambar yang lawa-lawa dekat IG, Twitter atau pun dekat mana-mana lah yang korang suka.

 

Baiklah, demi viewer semua, kami dah buat penilaian dan list peranti Smartphone tahap sederhana yang berbaloi untuk di beli. Jom kita tinjau.

 

Asus Zenfone 5

Smartphone yang pertama dalam list kami adalah Asus Zenfone 5. Asus Zenfone 5 telah menggunakan rekaan trend peranti terkini, termasuk skrin yang bertakuk dan dwi-kamera pada bahagian belakang. Dari segi spesifikasi pula, Asus Zenfone 5 menggunakan skrin bersaiz 6.2-inci dan mempunyai takuk diatas, cip Snapdragon 636, 4GB RAM, dan internal storage bersaiz 64GB. Kamera belakang 12-megapixel dan lensa kedua untuk rakaman luas, selain itu kamera hadapan pula 8-megapixel. Asus juga menyediakan aplikasi PixelMaster untuk sokongan rakaman yang lebih baik melalui kamera pada Asus Zenfone 5. Jadi, phone ni sesuai untuk golongan yang suka ambil gambar. Asus Zenfone 5 ini juga datang dengan bateri berkapasiti 3300mAh yang dicas menggunakan kabel USB-C, sokongan tri-slot iaitu dwi-SIM dan mikro-SD, serta menggunakan Android Oreo dengan antaramuka ZenUI 5.0 dan peranti ni boleh beli dengan harga RM 1299 yang agak mahal sedikit tetapi berbaloi untuk di beli.

 

Huawei NOVA 2i

Seterusnya, kami telah memilih Huawei NOVA 2i. Peranti ini datang dengan penggunaan dwi-kamera pada bahagian depan dan juga dwi-kamera pada bahagian belakang sekaligus membolehkan pengguna untuk menghasilkan rakaman gambar dengan ciri bokeh sama ada menggunakan kamera hadapan ataupun belakang. Huawei Nova 2i menggunakan skrin bersaiz 5.92-inci, disertakan cip pemprosesan Kirin 659, 4GB RAM dan internal storage 64GB. Untuk rakaman gambar selfie, Huawei menggunakan kamera 13-megapixel dan 2-megapixel dan dilengkapi lampu di bahagian depan. Untuk kamera belakang, Huawei gunakan kamera 16-megapixel dan 2-megapixel. Huawei kini telah menurunkan harga jualan daripada RM1099 kepada RM999. Kepada peminat Huawei tu, boleh la dapatkan peranti ini dengan harga yang lebih murah.

 

Asus Zenfone Max PRO (M1)

Peranti yang terakhir, Zenfone Max Pro M1, Asus berjanji akan memberikan pengalaman Android yang smooth kepada penggunanya.

Dari segi spesifikasi, Asus Zenfone Max Pro M1 datang dengan skrin 6-inci dengan paparan HD+ penuh, dikuaskan dengan cip Snapdragon 636,  6GB RAM, dan internal storage sehingga 64GB.

Zenfone Max Pro M1 juga menawarkan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang sehingga 16MegaPixel + kamera bokeh, selain kamera depan sehingga 16MP. Bateri 5000mAh yang dicas menggunakan kabel mikro-USB telah menyempurnakan lagi peranti ini.

Asus menambah pengimbas cap jari pada bahagian belakang telefon, selain menyediakan sokongan nyah-kunci peranti menggunakan wajah. Asus telah menambah Bluetooth 5.0, dan sokongan dwi-SIM bersama-sama mikro-SD. Telefon pintar ini juga datang dengan Android 8.1 Oreo.

Di Malaysia, Asus akan menyatakan harga jualan adalah RM649,  RM849 dan RM999 mengikut model. Siapa yang memang suka peranti jenama Asus ni lah masanya.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=-C76AZQfFa8&w=560&h=315]

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=slqkNYdTznk&w=560&h=315]

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=cer8WmStj88&w=560&h=315]